TIADA JANJI, LIHAT BUKTI

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Ismail Ab. Halim

26 Januari 2019

Hari ini hari mengundi di PRK Cameron Highlands.

Undilah dengan bijak, antara yang memungkiri janji atau yang menunjukkan bukti janji-janji pilihanraya ditepati.

Ayat yang mudah ini menjadi slogan Barisan Nasional di Cameron Highlands.

Sebenarnya ayat ini juga untuk direnungi oleh rakyat seluruh negara.

Lihatlah sekeliling anda, pandanglah dengan mata hati anda.

Apa yang kerajaan Barisan Nasional tidak buat untuk anda?

Segala janji-janjinya sejak dahulu ditunaikan untuk rakyat.

Malah ditambah dengan apa yang tidak dijanjikan namun bermanfaat untuk rakyat, tetap mereka buat.

Kerana itu, di PRK ini mereka tidak perlu susah-susah berjanji, hanya tunjukkan bukti.

Zaman Najib sebagai Perdana Menteri dan Barisan Nasional sebagai kerajaan, kroni mereka ialah rakyat.

Apa sahaja beliau buat untuk rakyat dan negara.

Rupa-rupanya slogan “Rakyat  didahulukan, pencapaian diutamakan” bukan hanya retorik untuk sedap didengar.

Di sebalik projek untuk rakyat terselit manfaat untuk kroni (rakyat).

Tetapi semua tidak percaya  akan perkara ini sehinggalah BN ditumbangkan.

Barulah penjelasan yang dibuat oleh Najib dan Barisan Nasional mula diterima apabila melihat semakin banyak kerosakan dibuat Pakatan Harapan.

Satu persatu tembelang Pakatan Harapan pecah dan terserlah.

Apabila mereka cuba menjawab, Pakatan Harapan terlihat semakin melucukan.

Semakin banyak janji ditabur, semakin banyak janji yang lebur.

Sebaliknya di pihak Barisan Nasional,  tidak perlu bersusah payah, hanya tunjukkan bukti.

Seperti Ismail Sabri tunjukkan bukti-bukti Orang Asli didahulukan dan kehidupan mereka diutamakan.

Hero to zero, zero to hero.

Majoriti rakyat mula menyesal, namun penyesalan ini terjawab akhirnya kerana selama ini;

Mereka ingatkan Mahathir dan Pakatan Harapan itu sebagai ‘Hero’.

Hero yang berjaya menumbangkan Najib serta Barisan Nasional.

Namun akhirnya rakyat sedar, yang ditumbangkan itu adalah ‘Hero rakyat’.

Malang sekali yang menggantikannya pula seperti ‘Badut rakyat’.

“Kerajaan berkhidmat untuk rakyat” kini diganti dengan “Badut berkhidmat untuk rakyat”.

Hari-hari kita dihiburkan dengan lawak badut-badut Pakatan Harapan.

Di mana lawak-lawak mereka tidak pernah mengecewakan, sentiasa menghiburkan.

MAKA UNDILAH MEREKA YANG TIDAK GALAK BERJANJI TETAPI MENUNJUKKAN BUKTI.

JANGAN DIBERI KEPADA YANG HANYA GALAK BERJANJI TETAPI TERBUKTI MEMUNGKIRI.

(Dihantar melalui WhatsApp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts