CALON DAP (PH) CAMERON HIGHLANDS, MANOGARAN – SEORANG YANG MUNGKIR JANJI

362
SHARES
2.1k
VIEWS

PRK Cameron akan sampai di kemuncaknya esok, 26 Januari 2019, rakyat akan mengundi memilih Ahli Parlimen mereka yang baru.

Pada tahun 2008 di PRU-12, Manogaran (Calon DAP) telah bertanding di Parlimen Teluk Intan, Perak menentang Dato Mah Siew Keong (BN).

Manogaran menang dengan majoriti 1,470 undi.

Ketika itu jumlah pengundi 52,354 orang. Dan yang keluar mengundi seramai 70.17%.

Peratus pengundi India di Teluk Intan adalah sekitar 19% daripada jumlah undi keseluruhan. Antara yang tertinggi selepas Kapar, Selangor.

Kerana itulah, DAP meletakkan calon India di Teluk Intan pada PRU ke-12, tahun 2008.

Manogaran telah masuk ke dalam estet-estet berkempen bagi mendapatkan undi orang-orang India.

Manogaran telah menaburkan pelbagai janji-janji manis kepada penduduk Teluk Intan terutama kepada orang-orang India, sama seperti menaburkan pelbagai janji kepada orang-orang Asli di Cameron Highlands.

Akhirnya, apabila Manogaran MENANG DI TELUK INTAN, semua janji-janji tidak ditunaikan, malahan Manogaran HILANG DARI TELUK INTAN selama 5 tahun semenjak jadi Ahli Parlimen.

Sehinggakan penduduk Teluk Intan terutamanya orang-orang India, memanggil MANOGARAN PEMBOHONG dan makan gaji buta.

Kerana itu, pada PRU-13 dan PRU-14, Manogaran telah melarikan diri bertanding di Cameron Highlands.

Sesungguhnya, diharapkan Orang-orang Asli dan penduduk Cameron Highlands lebih cerdik dan tidak mudah ditipu oleh Manogaran dan DAP.

JANJI DAP.

JANJI MANOGARAN.

JANJI LIM KIT SIANG.

JANJI LIM GUAN ENG.

JANJI PALSU.

Tonton video clip ini yang dirakamkan di sebuah restoran di Cameron Highlands baru-baru ini. Beberapa orang pengunjung Restoran tersebut menjerit kepada Lim Kit Siang dan Manogaran;

“Janji dulu pun belum settle lagi. Sekarang mahu janji apa lagi ? Apa lagi mahu tipu?”

Salam.

DSBA

25 Januari 2019

https://www.youtube.com/watch?v=bebQWBjWYNU

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts