ENAM JAHANAM: BERANI ATAU TAKUT?

589
SHARES
3.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 Januari 2019

Ahli Parlimen Mersing Dr. Latif Ahmad dakwa enam bekas MP UMNO (termasuk beliau) adalah enam jahanam yang berani kerana sanggup keluar parti.

Berani kepada UMNO yang tidak ada kuasa tetapi takut kepada PH yang sedang berkuasa itu bukan berani namanya. Dulu UMNO memberi banyak peluang, pangkat dan kedudukan kepada mereka.

Kalau keluar itu kerana takut kepada PH yang berkuasa terutama takut kepada sekatan perniagaan dan tindakan undang-undang maka itu memang jahanam namanya. Kalau jahanam pada diri sendiri tak apalah juga, tapi jangan sampai menjahanamkan perjuangan ABATA.

Dr. Latif juga mengatakan, mereka 6 jahanam yang bukan calang-calang orangnya. Mereka orang lama dan berpengalaman. Malang sekali kerana mereka yang bukan calang-calang ini tidak dialu-alukan untuk menyertai PH atau PPBM.

Ke mana mereka selepas ini? Dr. Latif sudah menjawabnya, “Kami adalah 6 jahanam”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts