MANDI 13 TELAGAPUN TIDAK BERBALOI JIKA MENARI DENGAN SITI KASSIM DAN AMBIGA SAHAJA

392
SHARES
2.3k
VIEWS

Apabila terbaca Kenyataan Media Ketua Penerangan PERKASA, saudara Nasrul Ali Hasan Abdul Latif yang bertajuk “Tercalarnya Keluhuran Perlembagaan” yang dihantar oleh salah seorang rakan dalam kumpulan Whatsapp sekolah, mengundang jenaka kami dalam kumpulan.

Dalam perenggan kelima, ayat yang berbunyi;

“Jika saya sendiri sebagai Ketua Hakim Negara atau Peguam Negara yang telah melakukan kesalahan seperti itu, saya akan meletakkan jawatan segera atau memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menyucikan diri dengan mandi di 13 telaga iaitu di setiap negeri satu telaga bagi memastikan institusi ini kekal suci dan bersih pada perspektif masyarakat.”

Serta di perenggan keenam yang berbunyi;

“Pesanan peribadi saya, jika nak mencari pasangan menari, carilah dari kalangan artis-artis tersohor ataupun importlah dari Hollywood atau Bollywood.”

“Kerana tak berbaloi dikecam sebegini hebat oleh masyarakat jika sekadar menari dengan Siti Kassim dan Ambiga.”

Ayat nada bergurau dan menyindir ini menarik untuk diperhalusi, apatah lagi dalam kumpulan Whatsapp kami riuh berkata mengenai perkara ini.

Hilang kisah lawak kami mengenai Chef Wan yang ingin menampar Datuk Seri Najib Razak dan permohonan maafnya kerana dirasuk oleh syaitan, yang kami semua syak dibuat kerana tekanan majikan Go Shop dan juga rating-nya yang menurun.

Bukan kami berbual menghina Siti Kassim ataupun Ambiga namun saudara Nasrul menyindir pedas mengenai “tidak berbaloi untuk kena kecam dengan bukan selebriti terkenal”.

Alang-alang jika tahu akan teruk dikecam, lebih baik dikecam ketika menari dengan pelakon Hollywood atau Bollywood.

Baru berbaloi, kena kecampun boleh tersenyum-senyum kerana menari dengan selebriti terkenal.

Nampaklah bergaya dan ‘stylo‘ menari terkinja-kinja dengan artis Barat ataupun Hindustan, walaupun jika ‘off-beat‘ sekalipun.

Ini dengan aktivis BERSIH sahaja, yang senyap sunyi apabila berlaku pelbagai salah laku oleh pemimpin Pakatan Harapan di Cameron Highlands.

Tak glamour-lah, rugilah teruk-teruk kena kecam.

Walaupun ada juga dalam kalangan kami yang kata, tidak cukup 13 telaga nak sucikan kembali institusi kehakiman dan perundangan negara, kena letak jawatan bagi memelihara integriti dan imej untuk kelihatan bersih dan tidak memihak.

Apapun, biasanya kenyataan media dibuat serius, namun kali ini Ketua Penerangan PERKASA mengambil pendekatan santai, mencuit dan pedas menyindir.

Namun mesej tetap sampai.

Syabas.

(Dihantar oleh Mohd. Khaidir Abbas melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts