KONTROVERSI TARI-MENARI DI JAMUAN MAKAN MALAM BADAN KEHAKIMAN

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Sehari dua ini, video yang paling viral ialah video tarian di atas pentas di sebuah hotel terkemuka di Sabah.

Acara Majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019 di Kota Kinabalu, Sabah, dianjurkan oleh Persatuan Undang-undang Sabah. Bertajuk, Keadilan Menuju Ke Hadapan.

Majlis ini juga jatuh pada tarikh yang sama dengan hari lahir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-Undang), Liew Vui Keong.

Tari-menari di atas pentas oleh Tommy Thomas (AG), Liew Vui Keong (Menteri JPM), Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara), Hakim-hakim dan pengamal undang-undang telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen dan pemimpin politik.

Hanipa (Timbalan Menteri Undang-Undang di JPM), menyatakan bahawa Majlis Tari-Menari di Jamuan Makan Malam adalah tradisi peguam. Walaupun tradisi ini agak kebaratan.

KJ pula menyatakan bahawa tiada salah untuk Hakim dan peguam-peguam untuk menari di dalam satu Majlis Makan Malam asalkan ia tidak mengundang kontroversi. UMNO juga ada Majlis Tari Menari.

Dulupun, AG Tan Sri Apandi dikritik hebat kerana menari di perayaan kemerdekaan. Kebetulan ketika Apandi mahu meninggalkan majlis, muzikpun bermula, diapun menari dan diikut sama oleh Azlina Othman (Menteri, Undang-Undang) dan Salleh Said Keruak.

Pelbagai pihak mengkritik majlis tari menari di Kota Kinabalu, Sabah tersebut sebagai Unethical dan Conflict of Interest, kerana melibatkan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara AG, Menteri Undang-Undang dengan pengamal undang-undang lain yang turut serta seperti Siti Kassim dan Ambiga.

Ia juga dituduh berkemungkinan akan create (memberi gambaran) persepsi yang salah terhadap profesion guaman.

Tambahan pula, Badan Kehakiman seharusnya menjalankan kehidupan exclusive dan terasing daripada dunia luar agar mereka tidak mempunyai perhubungan yang rapat dengan sebarang pengamal undang-undang (sekiranya Hakim tersebut mendengar sesuatu kes, dia tidak mudah dipengaruhi.

Tidak kurang juga netizen yang meminta ketiga-tiga mereka iaitu Ketua Hakim Negara, Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara (AG) secara sukarela meletakkan jawatan.

Asyraf Wajdi juga menyarankan bahawa tindakan mereka menari di atas pentas tersebut, melanggar etika dan raises conflict of interest.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, KOD ETIKA HAKIM 2009;

Bahagian 8 (2);

Seseorang Hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara INDIVIDU, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.

Bermaksud;

Seseorang Hakim tidak boleh mengadakan hubungan rapat dengan mana-mana individu khususnya mereka yang akan membentangkan kes atau mempertahankan seseorang klien di hadapan Hakim tersebut.

Sebagai contoh, seorang Hakim tidak boleh mengadakan Majlis Makan Malam private dengan mana-mana peguam. Minum malam, bermain badminton atau bercuti ke luar negara bersama.

Sebaliknya, Majlis Makan Malam secara terbuka (di khalayak ramai) yang dianjurkan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah TIDAK TERMASUK, sebagai melanggar Etika Kehakiman seperti di dalam Kod Etika Kehakiman 2009.

Berdua-duaan makan malam dengan peguam, berbeza dengan Makan Malam Tahunan yang dihadiri beratus orang pada malam tersebut.

Ia berkemungkinan besar tidak akan menimbul keraguan yang munasabah tentang Hakim tersebut untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang Hakim.

PANDANGAN NAJIB RAZAK:

Saya bersetuju dengan pandangan Najib Razak berkenaan dengan isu ini.

Najib kata, bukanlah merupakan satu jenayah untuk Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara) MENARI DENGAN, Tommy Thomas (Peguam Negara – AG), di dalam satu majlis, tetapi perbuatan tersebut (tari menari bersama), mendatangkan satu pertanyaan yang amat penting iaitu;

It raises concerns regarding the principle of Separation of Powers. Whether the principles is still in place.

Ia menimbulkan satu persoalan sama ada masih ujud atau tidak PEMBAHAGIAN KUASA, (separation of powers).

PEMBAHAGIAN KUASA ANTARA:

Pemerintah (Eksekutif – Menteri);

Perundangan (Legislatif – Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara);

Kehakiman (Hakim-Hakim – Judiciary).

Pembahagian kuasa adalah bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan. Perlu ada pembahagian kuasa (separation of powers), supaya wujud semak dan imbang (check and balance) di antara kuasa-kuasa tersebut.

PERLU ADA PEMBAHAGIAN KUASA ANTARA:

Ketua Hakim Negara.

Peguam Negara (AG) dan

Menteri Undang-Undang.

Pembahagian kuasa amat penting, agar Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) dapat dipertahankan di negara ini.

Apapun, Majlis Tari Menari di sebuah Hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah itu telah mengundang pelbagai kontroversi.

Lagu Chubby Checker, LET’S TWIST AGAIN, memanglah merupakan sebuah lagu kegemaran ramai. Lagu hit tahun 60-an ini mempunyai begitu ramai peminat, Tommy Thomas, Richard Malanjum, Liew, Siti Kassim dan Ambiga.

Salam.

DSBA

21 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts