RICHARD MALANJUM-TOMMY THOMAS VS EUSOF CHIN-APANDI ALI?

Ehsan dari Abuleman.com
424
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

20 Januari 2019

Mohamad Hanipa Maidin Timbalan Menteri yang jaga Undang-Undang mempertahankan tindakan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang yang menari galak di Legal Year 2019 Gala Dinner. Pada beliau itu adalah tradisi guaman yang kaya dengan keunikan. Ceteknya retorik beliau.

Hanipa Maidin tersasar daripada isu pokok yang dipersoalkan rakyat. Rakyat bukan spin tari-menari tersebut kerana ia tidak patuh syariah. Tetapi seorang Hakim Negara, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang adalah terikat dengan imej kesopanan dan kesusilaan kerana mereka adalah “Public figure”.

Mereka menari seperti tidak ingat diri dan tidak peduli persepsi rakyat. Patutlah Peguam Negara memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat apabila pendakwaan rasuah terhadap Lim Guan Eng digugurkan.

Sebelum ini penyokong PH mengkritik tindakan bekas Peguam Negara TS Apandi Ali yang menari secara spontan dengan iringan lagu tradisional setelah selesai Majlis Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

Bahkan Bar Council juga pernah dengan lantang mempersoalkan tindakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusof Chin kerana bercuti dengan seorang Peguam VK Lingam ke Auckland New Zealand pada tahun 1994. Hujah mereka, ia “morally wrong”.

Maka soalan kita kepada Hanipa Maidin ialah kenapa double standard? Tema Gala Dinner malam tersebut ialah “Justice: A Way Forward”.

Jelas, mimpi ngeri sedang menunggu kita.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts