PEGUAM NEGARA, HEADBANGING DAN TRADISI TARIAN

391
SHARES
2.3k
VIEWS

Bukan mahu komen apa yang Tommy Thomas buat itu betul ataupun tidak.

Jauh sekali mempertikai kewajaran beliau sebagai seorang Peguam Negara.

Apatah lagi mempersoal etika beliau.

Lagipun Hanifa Maidin dah kata tari-menari itu adalah tradisi para peguam.

Jika benar ia tradisi maka perlu diteruskan.

Tetapi lain betul twist-nya di atas pentas.

Beriya betul geleknya si Peguam Negara kita ini.

Begitu asyik, ‘layan’ dan pandai mengikut rentak muzik.

Kalau peminat muzik metal, tradisi mereka adalah ‘headbanging‘.

Image result for head banging

Kalau muziknya ‘layan’, mereka akan tiba-tiba headbanging.

Headbanging dibuat kerana melayan rentak lagu Metal.

Tidak kiralah Metal apa, Black, Death, Heavy, Speed, Power, Thrash, Melodic, Viking.

Doom Metalpun mungkin akan headbanging juga tetapi perlahanlah mengikut rentak lagu.

Tetapi semuanya akan headbanging kerana ini sudah menjadi tradisi mereka.

Oh ya, lebih sesuai untuk yang berambut panjang.

Begitu cara Mat Metal melayan lagu kerana mereka tidak menari.

Jika peminat muzik Ska, mereka akan berjoget dan digelar ‘skanking‘.

Skanking dibuat kerana ini tradisi mereka dalam melayan rentak lagu Ska.

Anda dengar muzik Ska anda tahu tidak boleh gelek seperti Peguam Negara.

Anda kena skanking juga.

Selain itu Mat-Mat Metal, Punk, Indie, Grunge, Hardcore, mereka akan buat ‘slam‘ dari atas pentas.

Jangan haraplah kita mahu lihat Peguam Negara kita yang hebat itu slam dari pentas.

Ini kerana tradisi para peguam adalah berjoget dan bergelek.

Selain itu, kerana muziknya tidak sesuai.

Jika Peguam Negara slam juga itu tandanya mungkin sudah terlalu mabuk.

Bila slam, kena ada orang di bawah menyambut mereka, jika tidak parah jawabnya.

Lepas disambut akan diarak sebelum diturunkan.

Juga kadang-kala mereka membuat ‘mosh‘ atau ‘moshing‘.

Berpusing-pusing setempat beramai-ramai.

Kalau anda susah mahu bayangkan, bayangkan tarian keretapi berpusing-pusing setempat.

Tetapi fast-forward-kan dan moshing ini tidak memegang pinggang orang di depan.

Malah crowd di keliling akan membuka ruang untuk ‘kaki-kaki mosh‘ ini beraksi.

Image result for moshing

Jika susah juga hendak bayangkan, anda Google sahajalah.

Tetapi Mat Metal agak jarang moshing, slam memang selalu.

Headbanging pula adalah kemestian.

Related image

Ini baru betul-betul feel bila mereka melayan muzik.

Memang layan.

Maka begitulah cara Tommy melayan muzik rancak pada malam ‘harijadi’ tersebut.

Asyik berjoget, layan dan ‘feel‘ sehingga ke kiri pentas melayan berseorangan dek kerana terlalu asyik bergelek.

Sebelum ditarik semula ke tengah oleh Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara.

Siti Kassimpun angkat-angkat tangan berjoget sama.

Tentu itu cara Siti melayan muzik, bukannya minta untuk didukung.

Mungkin itu tradisi beliau apabila menari.

Begitulah, apabila suasana dan muzik menguasai, semuapun layan.

Ada yang bergelek, ada yang berjoget.

Ada yang headbanging, ada yang moshing, ada yang skanking.

Diulang, kisah ini bukan mempertikai moral, kebenaran, etika, betul atau salah Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan lain-lain individu yang terlibat dalam majlis tersebut.

Kisah ini hanya mengenai ‘layan’, muzik dan tradisi tarian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts