PELUANG TERBAIK MELIHAT ORANG ASLI PERTAMA MENJADI AHLI PARLIMEN

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia melihat orang Asli pertama diangkat sebagai Ahli Parlimen.

Hakikat inilah yang sangat ditakuti oleh Kerajaan Pakatan Harapan, yang mula tidak dipercayai rakyat.

Lim Kit Siang juga memperlekeh apabila Barisan Nasional meletakkan calon mereka iaitu Ramli Mohd. Nor.

Ramli adalah seorang Orang Asli anak tempatan dari suku Temiar.

Kit Siang pertikai kononnya kenapa tidak dari dahulu dan kenapa baru sekarang?

Persoalan ‘bila’ dan ‘kenapa’ ini tidak penting kerana kini pengundi Cameron Highlands berpeluang memilih Ahli Parlimen dari kalangan Orang Asli sendiri.

Jika tidak sekarang, bila lagi?

Apakah penduduk Cameron Highlands mahu memusnahkan impian itu dengan percaturan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP?

Jangan haraplah Orang Asli akan dibela oleh parti cauvinis DAP ini.

Ini kerana DAPlah yang gigih selama ini ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Bukankah Orang Asli juga tergolong dalam Bumiputera yang haknya ingin dihapuskan oleh DAP itu sendiri?

Memang DAP ini hipokrit.

Nak berjanji dengan mereka ini perlu ‘surat lawyer’, jika tidak jangan percaya.

Persoalan Kit Siang ini juga tenggelam dengan perbuatan melanggar undang-undang oleh anaknya sendiri.

Lim Guan Eng cuba meraih undi dengan cubaan merasuah ‘pembangunan’ di Cameron Highlands.

Tentunya dinafikan oleh Guan Eng tidak lama kemudian.

Namun bak kata ‘bossku’ Najib, “Internet tidak pernah lupa”.

Jika BN lakukan, tentunya ini satu kesalahan besar yang akan dikecam oleh Pakatan Harapan dan BERSIH.

Lain pula berlaku apabila terkena atas batang hidung sendiri.

BERSIH hanya kata Guan Eng perlu menjelaskan maksud beliau, “Undi Pakatan Harapan jika mahu pembangunan di Cameron Highlands”.

Lihatlah betapa ‘double standard‘-nya BERSIH kali ini.

Ditambah dengan kebisuan dan kelembapan SPR yang hanya diterajui oleh seorang individu sahaja ketika ini walaupun berlakunya rasuah wang.

Yang ditafsirkan oleh Pakatan Harapan sebagai ‘duit minyak’.

‘Duit minyak’ itu rasuah kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih tepat lagi SPRM kata “Upah logistik dikira sebagai berlakunya rasuah”.

Tetapi Kit Siang kata itu duit minyak untuk sukarelawan.

Kenyataan Kit Siang ini wajib disiasat SPRM kerana dengan jelas beliau mengaku kejadian tersebut berlaku.

Beliau dipetik berkata, “Terdapat 60 penunggang motosikal dan beliau membuat pembayaran balik sebanyak RM20 setiap seorang”.

Kit Siang juga berkata, wanita tersebut bernama Vanessa, berketurunan Dusun-Punjabi dan telah menjadi sukarelawan Impian Malaysia sejak 2014.

Gambar agihan wang oleh Vanessa itulah yang dimaksudkan oleh Kit Siang dan diviralkan.

Maka SPRM mudah membuat kerja, hanya rujuk kenyataan Kit Siang yang disiarkan portal Malaysiakini pada 13 Januari lepas pada jam 6.58 petang.

Sama juga dengan isu ugutan terhadap Tok Batin oleh Bob Manolan, Senator dari PKR.

Kenapa masih tidak disiasat dengan menegakkan undang-undang ‘Rule of Law‘ yang kerap dilaungkan oleh Perdana Menteri sendiri?

Maka berbalik kepada calon PRK Cameron Highlands, inilah peluang kita hendak melihat Orang Asli pertama diangkat sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Abaikan sahaja mainan DAP ini.

Inilah peluangnya, jangan percaya lagi DAP apabila mereka hanya pentingkan kaum mereka sendiri.

Malah sehingga membelakangkan undang-undang dan aspirasi Perdana Menteri sendiri yang ingin menegakkan ‘Rule of Law’.

Usah tertipu lagi, ayuh undilah Ramli Mohd. Nor sebagai Ahli Parlimen Orang Asli pertama di Dewan Rakyat!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts