GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO ISTIADAT PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KEENAM

423
SHARES
2.5k
VIEWS

Majlis istiadat pemasyhuran Sultan Pahang Keenam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Beliau membacakan Pengisytiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).

Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu hari ini melayakkan Baginda dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu, berikutan peletakan jawatan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Januari lalu, akan diadakan pada 24 Januari ini di Istana Negara.

Semoga Allah SWT memberkati seluruh kehidupan dan pemerintahan Baginda Sultan.

Daulat Tuanku.

Ikuti video penuh yang disiarkan oleh RTM di bawah;

https://www.youtube.com/watch?v=zmtY9Fd6NEI&feature=youtu.be

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts