KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung Perkasa Malaysia, mencadangkan hukuman rotan kepada mana-mana pihak yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu. Wira Perkasa Malaysia menyokong penuh dengan cadangan tersebut.

Dalam keadaan golongan Baumiputera kian terhakis kuasa pemerintahan di negara Malaysia sekarang ini, hanya Institusi Raja-Raja Melayu sahaja yang ada sebagai pemangkin atau benteng kepada golongan Bumiputera.

Oleh itu, kita sebagai masyarakat Melayu dan Bumiputera harus sedar serta hendaklah menjaga dan membela Institusi ini agar ia tidak dipersendakan dan pandang rendah oleh masayarakat terutamanya oleh kaum bukan Bumiputera.

Kita perlu melihat dan mengambil contoh bagaimana negara Thailand menjaga dan mendaulatkan Institusi Raja mereka, jika di Thailand mana-mana pihak yang menghina atau memperlekehkan Institusi Raja mereka boleh dikenakan hukuman melebihi 20 tahun penjara.

Cadangan mengenakan hukuman rotan kepada pihak yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu adalah bersifat untuk mendidik masyarakat Malaysia supaya menghormati institusi tersebut.

Wira Perkasa Malaysia juga berharap pihak berkuasa tidak hanya memandang kepada Institusi Raja-Raja Melayu sahaja, pihak berkuasa juga perlu bertegas juga berhubung isu-isu penghinaan terhadap Islam dan juga Perkara 153 Hak dan Kepentingan Kaum Bumiputera yang mana sering menjadi pendebatan sehingga timbul hasutan dan sebagainya.

Oleh Burhanuddin Ruslan

Ketua Wira Perkasa Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts