TAKKAN PENEROKA FELDA MAHU TERTIPU LAGI DENGAN DAP DAN PAKATAN HARAPAN?

958
SHARES
3.3k
VIEWS

Kit Siang masuk FELDA pula kali ini

Meraih undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Siap pertikai kenapa pembangkang baru kali ini letak calon orang asli.

Kit Siang mengulas desas-desus UMNO akan mempertaruhkan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dari suku Semai untuk PRK tersebut.

Melihat pada jumlah kehadiran yang hadir, tidak ramai mendengar ucapan Kit Siang.

Jika diikutkan kiraan kerusi, anggaran 30 orang satu kelompok dan kelihatan ada 3 kelompok.

Maka anggaran yang hadir sekitar 100 orang, campur yang berdiri mungkin 120-130 orang.

Mungkin beliau takut sehingga pertikai desas-desus tersebut.

Maklumlah anaknya Guan Eng hampir setiap hari membuat lawak jenaka dan menipu di kementeriannya.

Persoalannya, ada lagi ke orang Melayu dan Bumiputera mahu dengar penipuan Kit Siang dan DAP?

Tidak mungkin rakyat  bodoh dan tidak peka dengan apa yang berlaku dengan negara.

Tidak mungkin rakyat percaya bahawa Najib yang buat harga buah sawit jatuh.

Seperti mana ramai percaya sebelum ini apabila Najib jatuh maka semuanya akan naik.

Hakikatnya apabila Najib jatuh, sawitpun jatuh, ringgitpun jatuh.

Moral pengundi Pakatan Harapanpun jatuh.

Malah keyakinan kepada Mahathirpun jatuh.

Yang naik pula adalah harga barang kerana naiknya cukai (SST).

Minyak pula hanya turun apabila Najib tegur.

Jika tidak, sehingga kini rakyat masih ditipu dan kekal membayar RM2.20 seliter.

Semak fakta dan jangan percaya penipuan terang-terangan DAP dan Pakatan Harapan

Tidak habis-habis lagi mahu menipu rakyat sedangkan jelas bantuan kepada golongan B40 tidak ditumpukan dalam Bajet 2019.

Sedangkan golongan ini yang paling memerlukan tetapi diabaikan.

Malah dalam pembentangan Bajet 2019 tidak disebutpun peneroka, nelayan, petani dan orang kampung.

Maka nasib peneroka FELDA sama sahaja dengan nelayan, petani dan orang kampung.

Maklumlah mereka ini semua hampir 100 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Apa Kit Siang mahu tipu peneroka FELDA sedangkan yang bentangkan ini adalah anaknya sendiri?

Melayu ini hanya ‘pemalas’ Kit Siang, bukannya bodoh seperti Guan Eng

Pemalas-pemalas Melayupun mampu mengeksport minyak dan produk sawit ke luar negara sebanyak RM78 bilion setahun dan menjadi antara sumber utama negara.

Malas-malas Melayupun mampu mentadbir dan mengurus negara dengan baik sejak Merdeka di mana penjawat awam majoritinya orang Melayu dan Bumiputera.

Orang Melayu tahu Guan Eng menipu, Guan Eng sahaja masih tidak percaya penipuannya sudah tidak laku.

Jika anda percaya bulat-bulat apa kerajaan dan DAP kata, memang anda ‘malas’

Kalau rakyat terutamanya Melayu masih ada yang percaya dengan penipuan kerajaan terutamanya DAP, tidak tahulah.

Ini baru jelas malas, iaitu malas menyemak fakta.

Mungkin inilah maksud Mahathir iaitu;

“Melayu malas itu merujuk kepada malas menyemak fakta.”

Apabila rakyat malas maka rakyat mudah diperbodohkan.

Sebab itu mudah terpedaya dengan Pakatan Harapan.

Mudah percaya dengan DAP dan Mahathir sendiri.

Mungkin keseronokan mereka menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional masih belum hilang, yang menyebabkan mereka menjadi malas.

Kerana masih dalam angan-angan kerajaan Pakatan Harapan akan membantu mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts