" />

PROJEK ‘DIRECT NEGO’ SSM: SPRM RAMPAS DOKUMEN PERJANJIAN

34
SHARES
377
VIEWS

Pihak Editor Malaysia sebelum ini ada melaporkan mengenai unsur rasuah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Sri Bung Moktar Bin Radin di Dewan Rakyat pada November lepas.

Beliau menggesa pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana telah memberi satu projek secara rundingan terus ataupun ‘direct nego‘ kepada sebuah syarikat.

Projek tersebut adalah bagi membangunkan satu Sistem Laporan Perniagaan Malaysia ataupun Malaysian Business Reporting System (MBRS) yang bernilai RM16.5 juta.

Baca: BUNG MOHKTAR MINTA SPRM SIASAT PROJEK ‘DIRECT NEGO’ SSM

Terkini, pihak SPRM telah mula menyiasat dan merampas berkotak-kotak dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek tersebut seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia di bawah:

UTUSAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR 9 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini me­rampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai melibatkan dakwaan skandal projek Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM500 juta di Ibu pejabat SSM, Menara SSM, Jalan Stesen Sentral 5, di sini.

Difahamkan, kesemua dokumen tersebut dirampas bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa, ketirisan kontrak termasuk dakwaan run­dingan terus yang diperkatakan sebelum ini, kerugian di pihak kerajaan dan penipuan kepada orang awam.

Selain di ibu pejabat SSM, SPRM turut menyerbu tiga lagi syarikat di ibu negara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan dakwaan skandal tersebut.

Menurut sumber, dokumen yang dirampas melibatkan perjanjian sejak 2009 hingga tahun lalu.

“Semua dokumen yang dirampas dipercayai melibatkan projek daripada lebih 10 buah syarikat.

“Setakat ini hanya dokumen sahaja yang dirampas untuk tujuan siasatan. SPRM akan memanggil 30 peratus kakitangan SSM termasuk ketua untuk diambil keterangan,” katanya.

Jelas sumber, semua dokumen yang dirampas akan dibawa ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Pertubuhan Kebajikan Bersatu Selangor (PKBS) menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat projek-projek SSM berimpak tinggi yang membabitkan rundingan terus bagi sistem utama SSM kerana disyaki berunsur rasuah serta salah guna kuasa.

Jelas portal itu, gesaan tersebut dibuat susulan pendedahan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat pada 12 November lalu berkaitan projek berkenaan yang pada awalnya dibuat secara tender terbuka tetapi diberikan kepada syarikat yang berada di tangga keenam.

Related Posts

Discussion about this post

Send this to a friend