HUKUM MEREKA YANG HINA INSTITUSI BERAJA ATAU RAJA RAJA MELAYU

413
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Media

Ketua Wiranita Perkasa

Isu Penghinaan Terhadap Raja-Raja

9 Januari 2018

1. Merujuk kepada kenyataan SUA Perkasa bertarikh 9 Januari 2019 dalam Sinar Harian berkaitan penangkapan individu-individu yang menghina mantan YDP Agong Sultan Muhammad V, Wiranita Perkasa menyokong penuh kenyataan SUA Perkasa dan mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana telah berjaya menahan individu individu yang kurang ajar itu.

2. Wiranita Perkasa juga menyokong mereka disiasat dan didakwa dengan kadar seberapa segera agar kes ini menjadi pengajaran dan pengiktibaran kepada semua agar tidak menghina Institusi Raja-Raja Melayu ataupun Raja raja Melayu.

3. Wiranita Perkasa juga mendesak agar semua pihak menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu.

4. Wiranita Perkasa juga menyokong agar pesalah yang terlibat dalam kes seumpama ini dihukum dengan hukuman mandatori.

5. Wiranita juga akur bahawa Perkasa telah meluluskan usul menggesa kerajaan dalam Persidangan Agung Perkasa 2018 supaya diwujudkan Akta Anti Islam dan Anti Raja Raja Melayu (AMIRA). Akta ini mencadangkan hukuman mandotari penjara dan rotan seperti mana yang diamalkan di negara Thailand.

6. Jika kita tidak bertegas, selagi itulah mereka yang kurang ajar akan terus biadap dan bermaharaja lela.

Sekian.

Hajah Fauziah bt Nawawi

Ketua Wiranita Perkasa Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts