KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PERKASA: ISU PENGHINAAN TERHADAP RAJA-RAJA

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media

Oleh Setiausaha Agung Perkasa

“Isu Penghinaan Terhadap Raja-Raja”

9 Januari 2018

Merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara bertarikh 8 Januari 2019 berkaitan penangkapan individu-individu yang menghina mantan YDP Agong Sultan Muhammad V, Perkasa sangat berterima kasih kepada PDRM kerana telah berjaya menahan individu-individu yang biadap ini.

Perkasa mahu mereka disiasat dan didakwa dengan segera. Jadikan kes mereka ini sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak menghina lagi Institusi Raja-Raja Melayu selepas ini.

Perkasa selalu menerima pelbagai imej melalui whatsapp penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu terutamanya komen-komen dalam portal-portal berita terkenal dalam bahasa-bahasa biadap dan amat menjijikkan.

Perkasa tidak mengira warna kulit atau bangsa. Baik Melayu sekalipun menghina Raja-Raja Melayu selain kaum-kaum lain, perlu dihukum dengan hukuman maksima yang boleh. Jika boleh penjara dan rotan sekali.

Perkasa juga melihat isu ini sudah lama berlaku. Antara sebab sukar diberhentikan kebiadapan sesetengah pihak dari kalangan rakyat biasa ialah adanya tokoh-tokoh tertentu begitu berani menghina Raja-Raja Melayu tanpa diambil tindakan membuatkan orang biasa berani menghina sama.

Dengan itu Perkasa desak PDRM juga perlu tegas kepada tokoh-tokoh politik dan aktivis-aktivis terkenal yang memberi contoh negatif kepada masyarakat.

Perkasa harap Jabatan Peguam Negara mempercepatkan pendakwaan terhadap mereka sebaik selesai siasatan oleh pihak PDRM.

Perkasa amat tegas dengan isu ini dalam kontak mempertahan dan melindungi Institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan sebahagian sistem negara kita iaitu Raja Berpelembagaan.

Sebab itu Perkasa telah meluluskan usul menggesa kerajaan dalam Persidangan Agung Perkasa 2018 supaya diwujudkan Akta Anti Islam dan Anti Raja-Raja Melayu (AMIRA). Akta ini mencadangan hukuman mandotari penjara dan rotan seperti mana yang diamalkan di Negara Thailand. Selagi tidak tegas, selagi itulah mereka akan terus biadap.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali

SU Agung PERKASA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts