KENAPA KERAJAAN TIDAK KAJI SEBELUM NAIKKAN SEWA RUMAH?

348
SHARES
2k
VIEWS

Kerajaan kaji dahulu atau laksana dahulu?

Semakin ganjil kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksana satu-satu perkara.

Kali ini kadar sewa rumah di Putrajaya bagi penjawat awam.

Kadar sewaan lama mahu dinaikkan sekali ganda dari RM400 kepada RM800 secara mendadak dan tidak berperingkat.

Jika anda masih ingat, kenaikan pembayaran bagi PTPTN juga mengarut.

Memang tidak masuk akal kenaikan melampau sehingga 100% yang dicadangkan.

Kejam? Ya, memang kejam.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan tidak fikir semua itu.

Sebenarnya kitapun tidak tahu apa yang mereka fikirkan sebelum hadir dengan cadangan-cadangan  melalui “idea-idea yang diperam dalam tandas”.

Melainkan memang tuan rumah mahu menghalau penyewanya itu kerana;

1. Mungkin tuan rumah tamak.

2. Mungkin penyewa tersebut bermasalah.

3. Mungkin kerana kontrak tamat dan kadar lama terlalu rendah.

4. Mungkin kerana tuan rumah mahu untung. Oh ya, inipun dikira tamaklah, kan?

Maka kerajaan mahu naikkan atas alasan yang mana satu?

Adakah kerajaan mahu menghalau penjawat awam?

Jika tidak, adakah kerajaan mahu untung atas penjawat awam mereka?

Mungkin juga badan dan jabatan di setiap kementerian diminta mencari pendapatan sendiri.

Dek kerana Perdana Menteri dan Menteri-Menterinya tidak kreatif menjana pendapatan untuk negara.

Menyesalkah penjawat awam yang undi Pakatan Harapan?

Sekarang baru tahu kerajaan yang disandarkan harapan itu rupanya tidak boleh diharapkan.

Najib yang dibenci itulah yang membantu akhirnya.

Kenapa apabila Najib tegur terus kerajaan u-turn semula, tidak jadi dinaikkan?

Jika kaji dahulu, dapatkan pandangan ramai dan dinaikkan secara berperingkat, munasabahlah.

Kerajaan laksana sesuatu cadangan tanpa kajian terperinci

Jika kerajaan sudah mengkaji, ada logik dan rasional sewa dinaikkan sekali ganda sebelum ini, maka  tentu mereka kekal dengan keputusan tersebut.

Jika u-turn semula selepas ditegur Najib, maka jelaslah kerajaan buat keputusan tanpa mengkaji, tidak logik dan tidak rasional.

Terasa macam Najib itu Perdana Menteri Malaysia pula.

Tempat Menteri-Menteri Pakatan Harapan bergantung harap.

Sedangkan Najib seronok di rumah sedang bermain kucing dan Facebook.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts