KERAJAAN PH MEMANG “STUBBORN”

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi
7 Januari 2019

Hari ini banyak pihak mengkritik Kerajaan PH setelah Kementerian Pembangunan Usahawan luluskan peruntukan RM20 juta untuk prototaip Kereta Nasional Baharu (NNCP).

Ini bertentangan dengan kenyataan Lim Guan Eng bahawa dana awam tidak akan digunakan untuk projek tersebut. Di saat rakyat hidup susah dan banyak skim bantuan dihentikan kononnya kesan hutang 1 trilion, maka pengumuman dana RM20 juta itu membuktikan Kerajaan PH adalah stubborn.

Perkataan stubborn sama level dengan samseng kerana tak dengar cakap terutamanya apabila tuntutan dan keluhan rakyat diabaikan.

Satu sebab Proton rugi ialah kekurangan dana untuk R & D. Akibatnya sale rendah kerana kekurangan model baru. Walaupun diswastakan ia masih gagal sehingga berhutang pula kepada vendor yang majoritinya ialah Bumiputera. Akhirnya bantuan kerajaan diminta demi menyelamatkan Proton yang sudah diswastakan.

Sepatutnya ia dijadikan pengajaran. Apa perlunya kereta nasional ketiga? Baik tumpu untuk memulihkan Proton. Banyak keutamaan lain di saat kos harga barang yang mahal sekarang.

Justeru peranan Majlis Penasihat (CEP) dipersoalkan. Apakah CEP masih berfungsi? Salah seorang ahlinya Dr. Jomo Kwame Sundaram dari awal lagi tidak pernah setuju dengan projek kereta nasional.

Mungkin kereta nasional ketiga ada muslihat lain? Kereta ini akan berada di pasaran pada tahun 2022. Kalau Tun M mahu melihat kejayaannya Tun kena kekal sebagai PM sehingga 2022. Alamatnya Anwar kempunan lagi untuk jadi PM. Semuanya kerana Tun M adalah stubborn.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts