DILEMA BANGSA CINA DI MALAYSIA, APA YANG MEREKA MAHU?

454
SHARES
2.7k
VIEWS

Bangsa Cina di Negara Malaysia sudah berada di Tanah Melayu ini berkurun lamanya.

Kebanyakan mereka sudah mengaku mereka adalah MALAYSIAN, dan di bumi inilah mereka akan mati dan dikebumikan.

Ketika menyambut kemerdekaan pada tahun 1957, kebersamaan antara kaum Cina dan bangsa Melayu jelas kelihatan.

UMNO bersama MCA dan MIC mewujudkan satu kesepakatan yang dinamakan PERIKATAN.

Belayarlah Bahtera yang baru mendapat Kemerdekaan ke persada dunia antarabangsa.

Di persimpangan jalan, timbul satu parti politik yang memulakan isu-isu perkauman iaitu DAP.

Kini setelah 62 tahun Merdeka, akhirnya DAP bersama PKR (parti serpihan pemimpin UMNO 1), dengan PPBM (serpihan pemimpin UMNO 2), dan Amanah (serpihan PAS), berjaya menakluk Putrajaya dan menubuhan Kerajaan Campuran yang dinamakan Kerajaan Pakatan Harapan.

DAP BERJAYA. MCA GAGAL

DAP berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, kaum Cina.

MCA gagal dan terus dibuai mimpi di siang hari.

Selama inipun, MCA menumpang kekuatan dan jentera UMNO untuk memenangkan calon-calon pilihanraya mereka.

Kerusi yang MCA menangpun adalah kerusi majoriti pengundi Melayu.

Kini, apabila MCA kalah teruk, MCA meletakkan kesalahan 100% di bahu Najib Razak dan UMNO.

APA ORANG CINA MAHU?

Apa yang orang Cina mahu di bumi Malaysia ini?

Pertama, kehidupan yang senang, berduit dan rumah kediaman yang elok.

Kedua, sistem pendidikan yang boleh mendidik anak-anak mereka.

Sekolah Kebangsaan Cina masih ada. Mereka mahukan UEC diiktiraf.

Ketiga, keselamatan.

Mereka mahu tinggal di bumi yang selamat dan politically stabil untuk memudahkan mereka berniaga dan mencari wang pendapatan untuk keluarga dan diri sendiri.

Sekiranya negara tidak selamat dan tidak politically stabil, ini akan mengganggu perniagaan mereka.

Sekiranya politik tidak stabil, ekonomi juga akan menjadi lesu. Saham jatuh merundum. Pelabur melarikan diri ke negara jiran.

CARA DAP DAPATKAN KUASA

DAP mendapatkan kuasa politik memerintah negara ini dengan menggunakan KUDA TUNGGANGAN iaitu parti PPBM dan pemimpin Melayu bernama, Mahathir Mohamad.

Tanpa PPBM, pada PRU ke-13, mereka gagal dapatkan Putrajaya.

DAP juga sedar mereka memerlukan sokongan sebahagian daripada orang Melayu (24%), untuk menjadikan impian memerintah Putrajaya menjadi kenyataan.

Akhirnya, dengan adanya sokongan 24% orang-orang Melayu yang bodoh dan yang telah berjaya dimanipulasi, maka jatuhlah Putrajaya ke tangan DAP dan PH.

UMNO DAN BN PERLU STRATEGI BARU:

Sering kedengaran bahawa Presiden UMNO yang terdahulu tidak mempunyai hala tuju parti yang pasti, untuk menghadapi zaman yang penuh cabaran ini.

UMNO dan BN kelihatan seperti beroperasi seperti dahulu ketika mereka memerintah negara ini.

BN dan UMNO perlu pendekatan yang berbeza.

Sekiranya MCA masih lagi memperlekehkan BN dan UMNO, serta mempersendakan hubungan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.

Maka, BN & UMNO seharusnya mengambil satu keputusan yang berani iaitu memecat MCA keluar daripada Barisan Nasional.

BN tidak lagi perlukan MCA. MCA gagal mendapatkan sokongan bangsa Cina untuk BN.

Daripada 100% pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRU-14, hanya 4% sahaja yang mengundi calon-calon BN. 96% peratus lagi mengundi DAP dan PH.

Pecat MCA dan elok kita tengok bagaimana MCA menjadi Hero untuk orang-orang Cina dari luar BN.

MCA sudah hilang hala tuju dan kepercayaan orang-orang Cina. Pemimpin dan penyokong MCA sudah kaya raya di bawah pemerintahan BN, manakala orang-orang Cina yang miskin bandar dibiarkan sahaja tanpa pembelaan daripada MCA.

MCA perlu bangun semula menggunakan DANA KEWANGAN yang mereka ada, untuk kembali menjadi HERO ORANG-ORANG CINA DI MALAYSIA.

Jangan hanya pandai salahkan Najib Razak dan UMNO sahaja.

MCA perlu mengubah sikap dan memulakan strategi pemulihan dengan meletakkan sasaran 10 kerusi Parlimen pada PRU ke-15.

MCA bila sudah berada di luar BN, mereka bebas untuk memilih mana-mana 10 kerusi yang mereka minat. Fokus kepada kerusi-kerusi itu dan mintalah sokongan orang-orang Cina untuk memenangkan calon mereka.

SETELAH MCA KELUAR DARI BN:

Setelah MCA berada di luar BN, maka BN boleh membuka pintu kepada parti-parti politik lain dan NGO-NGO untuk menjalinkan kerjasama politik bersama BN.

BN tidak perlu kerjasama politik yang formal. Kemungkinan, hanya perlu membina Gabungan Parti-Parti Pembangkang (GPP).

PAS dan parti-parti lain boleh menyertai GPP bagi mengukuhkan Barisan Pembangkang apabila berhadapan dengan Gabungan Pakatan Harapan.

ORANG MELAYU PERLU SEDAR:

Orang-orang Melayu yang menyokong DAP dan PH perlu disedarkan.

Anak-anak muda Melayu juga perlu disedarkan bahawa DAP menggunakan orang-orang Melayu sebagai Kuda Tunggangan sahaja.

DAP berbuat baik dengan orang-orang Melayu kerana mereka mahukan kuasa politik.

Dengan kuasa politik yang ada, mereka boleh terus mengejar kemewahan dan harta negara ini.

Laungan BN/ UMNO racist, sebenarnya hanyalah satu gimik.

Sebenarnya, DAP lebih racist.

DILEMA ORANG CINA

Orang-orang Cina di Malaysia sudah mula berada di dalam dilema.

Keadaan ekonomi negara semakin muram seperti kegawatan ekonomi akan melanda.

Rakan saya, seorang ahli perniagaan, Mr. Lee menyatakan bahawa kemungkinan masyarakat Cina tersilap kerana mahu GST dihapuskan.

Mr. Lee kata, GST lebih baik, telus dan adil daripada SST. Sekiranya mahu dikurangkan cukai, mungkin lebih baik dikurangkan cukai GST daripada 6% kepada 3%, daripada dihapuskan terus.

Ekonomi Malaysia terus tidak stabil semenjak GST dihapuskan. Pelbagai andaian timbul. Kutipan hasil negara juga berkurangan.

Mr. Ong pula berkata, masyarakat Cina kini sudah mula mempertikaikan kewibawaan Kabinet Dr. Mahathir.

Terlalu banyak salah, silap dan U-turn, tentang dasar-dasar yang diperkenalkan.

Rakyat keliru dan bosan mendengar Kerajaan PH terus menerus menyalahkan kerajaan terdahulu, seperti itu satu jalan mudah bagi PH untuk menutup kelemahan mereka.

Sebenarnya, setelah 8 bulan memerintah negara, rakyat sudah nampak, Menteri-Menteri Pakatan Harapan tidak layak jadi Menteri.

Mereka hanya layak terus menjadi SUARA PEMBANGKANG.

Salam.

DSBA

7 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts