SIKAP ‘REALISTIK’ RASHID, NAIB PRESIDEN BERSATU

372
SHARES
2.1k
VIEWS

Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat membuat kenyataan kurang cerdik lagi.

Beliau ini betul-betul jujur ataupun betul-betul bodoh?

Kalaupun beliau betul-betul jujur, kenyataan beliau tetap bodoh.

Tetap tidak masuk akal.

Rashid kata cadangannya dalam Perhimpunan Agung Bersatu itu berasas.

Iaitu agar kontrak kerajaan diberikan kepada Ketua Bahagian dan Cawangan.

Juga katanya cadangan itu dibuat di tempat yang betul, masa yang tepat.

Beliau sebenarnya cuba bersikap realistik

Sebab itu Syed Saddiq digelar Rashid sebagai bodoh.

Ini kerana Syed Saddiq tidak memahami ‘realistik’nya.

Rashid kata beliau hanya menyuarakan apa yang diluahkan akar umbi.

Iaitu Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan di seluruh negara.

Beliau kata apa yang disebutnya itu tiada skrip, hanya spontan.

Ini kerana ramai Ketua Bahagian dan Cawangan mengadu kepadanya.

Maka beliau rasa wajar beliau suarakan.

Pengalaman sebagai Pengerusi SPR tidak cukup mendewasakannya

Habuan, ganjaran, hadiah, ini semua adalah rasuah.

Mahathir sendiri tidak benarkan hadiah kecuali makanan.

Ini bukan lagi makanan tetapi ‘mencari makan’.

Tambah bodoh, dibuat secara terbuka.

Secara tertutuppun salah apatah lagi secara terbuka.

Apabila sudah ‘terkantoi’

Rashid mula tegakkan benang yang basah.

Memang saranan beliau tidak masuk akal.

Realistik tidak semestinya benar.

Seperti seorang perompak cuba bersikap realistik.

Kalau tiada cara mencari duit, merompakpun boleh.

Itulah realistik seorang perompak.

Eh, macam hampir sama sahaja dengan realistik Rashid?

Sampaikanlah diam-diam jika terdesak

Sekurang-kurangnya bukanlah secara terbuka.

Sampaikanlah kepada Mahathir secara rahsia.

Seperti ‘Surat Cinta Cordova’ sesuai juga.

Menteri Agamapun guna cara tu, maka mestilah boleh.

Kepimpinan melalui teladan.

Tetapi letaklah perfume sedikit bagi merangsang Mahathir baca.

Jangan berjimat dalam berkhidmat kepada masyarakat

Beliau juga berkata dalam memberi khidmat kepada masyarakat, tidak boleh berjimat.

Rashid kata takkan mahu ulangi kepincangan kerajaan dulu?

Maksud beliau kerajaan dahulu berjimatlah?

Bukankah beliau kata kerajaan dahulu rasuah dan kleptokrasi?

Kerajaan dahulu meninggalkan bebanan hutang yang tinggi?

Kini Rashid akui Barisan Nasional di bawah Najib berjimat cermat pula?

Baguslah Rashid ini akui Barisan Nasional berjimat cermat.

Namun Rashid tidak akan letak jawatan

Beliau kata tidak akan layan desakan agar meletakkan jawatan.

Yang mendesakpun pihak luar Bersatu.

Baguslah, terhibur juga ada segelintir Pak Lawak selain Maszlee dalam Bersatu.

Cuma pelawak ini berusia sedikit.

Tahniah Bersatu mampu lahirkan Pelawak pelbagai usia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts