CUKUP NAJIB SEORANG ‘TROLL’ PAKATAN HARAPAN

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Satu nisbah kepada berpuluh ribu

Berpuluh ribu cybertrooper termasuk RBA troll hari-hari tanpa henti.

Siang dan malam berusaha untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Macam-macam tuduhan dan fitnah dikeluarkan.

Setelah lebih 20 tahun, akhirnya mereka berjaya.

Najib igauan ngeri buat semua pemimpin Pakatan Harapan

Kini hanya dengan seorang cybertrooper sudah cukup menggoyahkan kerajaan Pakatan Harapan.

Malah kerajaan Pakatan Harapan sendiri akui sukar untuk menang di PRU-15.

Cukup dengan hanya Najib seorang menjadi cybertrooper sepenuh masa.

Bayangkan ada 10 orang macam Najib.

Namun yang paling sakit hati ialah Lim Guan Eng.

Hari-hari diperbodohkan oleh Najib.

Ini kerana memang banyakpun perkara bodoh yang Guan Eng buat.

Najib troll menggunakan fakta, kerajaan pula hari-hari membuat auta

Kelemahan utama kerajaan adalah apabila seluruh instrumen kerajaan dari polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), pendakwaaan, kehakiman, semuanya milik mereka.

Sama seperti Najib ketika beliau sebagai kerajaan, amat sukar untuk beliau mempertahankan dirinya.

Ini kerana semua menuduh jentera kerajaan di pihak Najib, semua takut kepadanya.

Kini tidak lagi, Najib bukan lagi kerajaan.

Maka beliau sendiri menggesa seluruh jentera kerajaan menyiasat semua perkara yang dahulu dituduh ke atasnya.

Kerajaan yang auta sepanjang masa mula ketakutan.

Najib sendiri gesa wujudkan RCI

Dari isu 1MDB yang sensasi.

Sehingga kes pengeboman tragis Altantuya.

Juga tuduhan bunuh diri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM.

Termasuk kes pembunuhan Kevin Morais yang disimen.

Ditambah dengan tuduhan kerajaan menjual tanah tentera di Sungai Besi

Serta pembatalan ECRL dan HSR.

Belum masuk isu tol PLUS dan banyak lagi lainnya.

Namun semuanya Najib tuntut disiasat atau wujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).

Beliau kata siasat atau tubuhkan RCI maka beliau yakin mampu bersihkan namanya.

Tetapi kerajaan Pakatan Harapan pula membisu dan takut.

Takut fitnah mereka selama ini terbongkar.

Instrumen kerajaan kini milik Pakatan Harapan

Seluruh instrumen kerajaan dari badan siasatan semuanya di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Badan penyiasat seperti polis, SPRM dan Badan Khas Penyiasat 1MDB.

Termasuk badan pendakwaan yang diketuai oleh Tommy Thomas.

Serta badan kehakiman yang diketuai oleh Richard Malanjum.

Namun masih gagal mengaitkan Najib dengan apa-apa salah laku.

Bahkan siasatan dan pendakwaan sendiri sangat meragukan.

Maka sama ada instrumen kerajaan ini sangat teruk?

Atau sememangnya tiada bukti?

Kes besar tetapi kerajaan buat main-main.

Seolah-olah mahu siasat kecurian setin Milo sahaja.

Pihak pendakwaan jelas tidak bersedia

Kertas siasatan caca marba.

Tuduhanpun sambil lewa.

Pendakwa rayapun ditukar.

Gopal Sri Ram ganti Tommy Thomas.

Kerap disindir oleh Tan Sri Shafie Abdullah yang mewakili Najib.

Betullah agaknya kes curi setin Milo.

Kasihan rakyat, mereka mengharapkan jentera kerajaan dipulihkan.

Kini harapan mereka semakin pudar.

Sepertimana pudarnya kepercayaan mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts