KISAH PEROKOK, PEMBUNUH, PENGHASUT DAN WARGA ASING

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Kisah Perokok

Kasihan melihat rakan-rakan perokok minum 3 meter dari rakannya yang lain.

Hendak berbual politik negarapun susah.

Nak gelak ketawa melihat kerajaan ‘u-turn‘ hari-haripun sudah tidak sama seperti dahulu.

Ada juga yang emosi sehingga menampar pekerja restoran mamak kerana geram ditegur.

Undang-undang juga boleh tahan.

Kalau sabit kesalahan apabila dikuatkuasakan Jun nanti, boleh didenda RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

Ada penjara khas ke kalau tidak mampu membayar denda RM10,000?

Atau campur sekali dengan perompak, penyamun, penyangak, pembunuh semua?

Oh ya, sebut mengenai pembunuh.

Kisah pembunuh Adib

Apa khabar pembunuh Adib?

Bukankah Peguam Negara si Tommy Thomas sepatutnya segerakan pencarian pembunuh di sebalik adakan inkues semua itu?

Bukankah pembunuh lebih merbahaya dari perokok?

Walaupun rokok juga digelar pembunuh senyap.

Pembunuh bomba yang sedang bertugas itu bukan pembunuh biasa-biasa.

Itu juga jenayah kebencian.

Tetapi siapa yang sebarkan kebencian?

Siapa yang menghasut?

Adakah mereka termakan fitnah dan hasutan pemimpin yang kata SEKUMPULAN MUSLIM menyerang kuil?

Kisah penghasut

Apa khabar pemimpin DAP yang sama apabila tular video beliau provokasi kata “Melayu meletakkan tangan-tangan mereka yang kotor ke atas gadis-gadis (India) mereka” dan meminta kaum India “tunjukkan kuasa mereka”?

Sudah ditangkap ataupun belum?

https://youtu.be/vIzf3scVgxo

Kisah antara dua darjat – perokok, pembunuh, penghasut dan warga asing

Perokok

Bukan kita setuju dengan perokok yang sesuka hati hisap rokok dekat-dekat dengan kanak-kanak.

Kita setuju dan amat menggalakkan undang-undang dikeraskan.

Tetapi kenapa sampai dilihat menghukum?

Penguatkuasa juga ada yang merokok, bagaimana?

Persoalan lebih besar kenapa rakyat sendiri dihukum?

Yang dihukum pula hanya hisap rokok.

Vapepun sekali ya.

Pembunuh

Pembunuh dibiarkan.

Cukup masa diberikan untuk mereka menyorok selesa.

Silap-silap sudah lari ke luar negara.

Tengah makan steak di mana-mana.

Tengah seronok gelakkan Malaysia.

Penghasut

Penghasut ketegangan kaum juga elok je berjalan-jalan dengan keluarga.

Elok je main Facebook lagi.

Hujung minggu tengok wayang Bumblebee.

Jawatan EXCO Selangorpun masih dapat elaun.

Esok-esok dia buat video hasut yang lain pula.

Warga asing

Ramai warga asing langgar undang-undangpun masih bebas bekerja tanpa permit.

Ada permit kerja ladang tetapi kerjanya lain ataupun berniaga.

Ramai Bangla kerja basuh kereta, kerja kedai perabot terpakai jadi bos.

Ada ke permit basuh kereta dan jaga kedai perabot terpakai?

Kenapa tidak menghukum warga asing yang berniaga secara haram?

Duit merekapun lagi banyak dari kita.

Warga asing kuasai 3P – Pekerjaan, Perniagaan dan  Penipuan.

Maklumlah Melayukan pemalas.

Tahu hisap rokok je.

Selamat datang ke ‘Rule of Law’ Malaysia Baru.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts