WAHAI AZMIN, MUHYIDDINPUN NAK MERASA JADI PM JUGA

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Muhyiddin minta Bersatu janganlah ‘highlight‘ Azmin sahaja.

Maka berebutlah masing-masing di Bersatu untuk kedepankan Muhyiddin, bukannya Azmin.

Muhyiddin sendiri tidak mahu beliau dibayangi oleh Azmin.

Baru sakit sedikit, belum apa-apa lagi sudah mahu naikkan Azmin sebagai PM.

Muhyiddin hidup lagi, jawatan beliaupun Presiden Bersatu, berilah muka sedikit.

Azmin hanya Timbalan Presiden, itupun parti lain.

Utamakanlah dalam Bersatu dahulu.

Ahli-ahli Bersatupun janganlah bodoh sangat.

Kasihanlah kepada Muhyiddin, beliaupun hendak rasa menjadi PM.

Azmin pula janganlah tunjuk sangat nafsu besar hendak jadi PM.

Simpan sedikit hormat kepada orang yang lebih tua dan lebih senior dalam Bersatu.

Muhyiddin juga berpengalaman, pernah menjawat pelbagai jawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Azmin hingusan dalam kabinet, baru sekali menjadi menteri, itupun baru beberapa bulan.

Jadi Menteri Besarpun tidak cukup sepenggal penuh.

Selepas ini janganlah anak-anak Azmin kritik Muhyiddin pula.

Memang berperanglah dengan Bersatu.

Azmin pula, tegur-tegurlah sedikit anak tu.

Jangan kurang ajar macam sebelum ini kurang ajar dengan Anwar.

Tanpa Anwar dan PKR, Azmin sendiri tidak akan ke mana.

Berilah Muhyiddin jadi PM dahulu ya, Azmin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts