SIAPA BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-8?

726
SHARES
4.2k
VIEWS

Politics is all about numbers. Politik dan kuasa semuanya ditentukan oleh jumlah nombor sokongan Ahli-Ahli Parlimen dan jumlah sokongan rakyat.

Tahun 2019 baru mengorak langkah hari pertamanya. Isu yang paling panas dibicarakan ialah siapa bakal jadi Perdana Menteri ke-8, selepas Dr. Mahathir.

Perbalahan di Media Sosial antara Azmin Ali dan Anwar Ibrahim semakin panas, penuh dengan kontroversi.

Kedua-dua belah pihak saling tembak-menembak sesama sendiri. Azmin secara terang-terang mengkritik kepimpinan Anwar Ibrahim mengenai pelantikan Rafizi sebagai Naib Presiden PKR.

Anwar membalas serangan Azmin dengan jawapan yang pedas dan panas.

LAME DUCK PRIME MINISTER.

Pada Januari 2019 ini, tempoh masa Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tinggal 1 tahun 5 bulan.

Pada bulan Mei nanti, Dr. Mahathir tinggal 1 tahun sebagai PM.

Dr. Mahathir akan menjadi A LAME DUCK PRIME MINISTER (Perdana Menteri yang akan hilang kuasa).

Pemimpin-pemimpin negara luar kemungkinan besar akan lebih berhati-hati menjalinkan sebarang kerjasama atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia.

Ahli-ahli perniagaan di dalam dan luar negara juga akan berhati-hati menjalinkan sebarang urusan perniagaan dan projek dengan Kerajaan Malaysia.

Ini adalah kerana kebimbangan, tiada kata putus siapa bakal jadi Perdana Menteri ke-8.

Ketidaktentuan bagaimana pendekatan pengganti Perdana Menteri ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi akan mengucup dan perlahan, sehinggalah Perdana Menteri yang baru dilantik.

PERDANA MENTERI KE-8

ANWAR, AZMIN ATAU MUKHRIZ?

Saya bersetuju dengan pandangan Raja Petra bahawa sesiapa yang ingin menjadi Perdana Menteri, perlu membuktikan dia mempunyai sokongan seramai 112 (atau lebih) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, kepada YDP Agong.

Walaupun berkali-kali Dr. Mahathir kata Anwar bakal pengganti beliau, hakikatnya Anwar perlu HAVE THE NUMBERS (perlu ada sokongan 112 Ahli Parlimen).

Sekiranya dilihat secara kasar, kalau Parti Bersatu dan TANGAN AJAIB memberi sokongan kepada Azmin. Azmin HAVE THE NUMBERS (mempunyai cukup angka).

DENGAN SOKONGAN, Parti PPBM, DAP, Amanah, Warisan, Bekas A.P. UMNO Sabah dan Kumpulan Hamzah (6 AP), Azmin Ali hanya memerlukan sebanyak: 24 Ahli-Ahli Parlimen dari PKR, untuk mendapat sokongan yang cukup iaitu: 112 Ahli-ahli Parlimen.

Sama ada Azmin ada 24 Ahli Parlimen PKR bersama beliau, adalah merupakan satu SOALAN CEPU EMAS.

Apapun yang pasti, malam-malam selepas Tahun Baru ini bukan sahaja Mujahid yang tidak dapat melelapkan matanya di Cardova, tetapi Anwar Ibrahim juga akan berhadapan dengan kesukaran untuk melelapkan matanya.

Salam,

DSBA

1 Januari 2019

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/31/despite-dr-ms-pledge-anwar-has-another-hurdle-in-road-to-putrajaya-says-lawyer/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts