TS RASHID, ORANG TUA AJAR ORANG MUDA JADI PENCURI

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

1 Januari 2019

Ucapan Naib Presiden parti Bunga (PPBM) antara yang menarik perhatian sempena PAT PPBM di PICC. Semua orang memberi komen mengenainya. Apakah itu hadiah tahun baru daripada Parti Bunga?

TS Rashid Abd Rahman bekas Pengerusi SPR kini Naib Presiden PPBM. Beliau menyatakan adalah ‘bodoh’ kalau PPBM tidak menggunakan sumber kerajaan untuk menang pilihanraya. By hook or by crook, PPBM mesti menang dengan apa cara sekalipun.

Justeru dia mahu semua Ketua Bahagian jangan ditinggalkan dan mesti mendapat kontrak kerajaan. Dia mahu JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) dihidupkan semula di negeri bawah pentadbiran PAS iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dia mahu orang PPBM mentadbir kewangan di negeri berkenaan melalui JPP. JPP mesti digunakan untuk membantu Ketua-Ketua Bahagian.

Sebenarnya itulah tujuan beliau dan kebanyakan yang lain menyertai Bunga.

Menurut TS Rashid, dia juga Ketua Bahagian tetapi bernasib baik kerana diberikan jawatan penting oleh Tun M dengan gaji yang besar untuk jaga Bahagian.

Ucapan Rashid dapat tepukan gemuruh daripada perwakilan tanda setuju. Selesai ucapan, Rashid kelihatan bersalam dengan Tun M dan Muhyiddin. Kedua duanya memberikan senyuman. Tun M macam setuju pada Rashid. Apatah lagi di ucapan penggulungannya Tun M tidak langsung menghentam balik Rashid.

Nampak buruk sangat hala tuju parti Bunga ini.

Yang bercakap itu ialah Naib Presiden yang dulunya pernah jadi Pengerusi SPR.

Sudahlah itu dicadangkan pula secara terbuka di Perhimpunan Agung parti.

Tetapi siapakah yang lebih realistik? Rashid atau Syed Saddiq? Sehari sebelumnya semasa persidangan Armada, tepukan gemuruh juga diberikan kepada Syed Saddiq apabila dia menghentam Perwakilan Pemuda Wilayah yang membangkitkan isu kontrak.

Tetapi tidak sampai sehari, iaitu di hari penggulungan tepukan lebih gemuruh diberikan kepada Rashid. Pantas sekali U-turn. Tiada ‘boo’ dan tiada ulasan daripada Pengerusi dan Presiden parti terhadap ucapan Rashid membuktikan perwakilan Parti Bunga tiada pendirian, hipokrit dan boleh berubah dalam masa sehari.

Justeru, ia pengakuan awal parti Bunga bahawa tiada jaminan parti tersebut boleh mengelak daripada amalan rasuah, menyalahgunakan kuasa, kronisme dan nepotisme.

Inilah hadiah tahun baru daripada parti bunga. Menjanjikan harapan baru kepada ahlinya terlebih dahulu bukan kepada rakyat. Belang PPBM ialah, “If you are in power, you must be very powerful, otherwise you are bloody fool“.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts