UMNO PERLUKAN STRATEGI MELAWAN MUSUH PAKATAN HARAPAN

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Bila UMNO merasakan dirinya kuat dengan lebih daripada 3 juta ahli, parti-parti lawan lain melihat dengan perasaan cemburu.

Apabila UMNO & BN memerintah negara Malaysia selama 61 tahun, kawan dan lawan mencemburui kelebihan UMNO dan BN berjaya menawan hati rakyat sekian lama.

6 dekad bukan satu jangka masa yang sekejap.

Akhirnya dengan menggunakan Media Sosial, serangan demi serangan yang bertali arus. Rakyat mudah percaya kepada fitnah, janji-janji manis dan cerita-cerita dongeng dari Lim Guan Eng dan Dr. Mahathir, akhirnya jatuh Kerajaan BN dan UMNO.

UMNO dan BN ingat dengan pertandingan 3 penjuru akan memberi kelebihan (advantage) kepada mereka.

UMNO dan BN ingat dengan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Kedua-duanya adalah andaian yang salah.

UMNO dan BN terlalu banyak berangan. Tidak melihat kepada realiti sebenar di akar umbi.

Apa sebenarnya yang berlaku apabila ada pertandingan 3 penjuru:

UMNO/BN vs. PH vs. PAS di kerusi-kerusi Parlimen pada PRU 14 yang baru lalu;

1. Undi orang Melayu berpecah kepada 3.

2. Pertandingan 3 penjuru membawa kerugian kepada UMNO kerana:

(i). Ada pengundi UMNO sabotaj parti;
(ii). Tidak undi calon UMNO kerana tidak sukakan calon, undi PAS pula;
(iii). Perpecahan dan masalah dalaman dalam parti;
(iv). Jentera merajuk, peruntukan tidak turun dengan adil; dan
(v). Lain-lain masalah di akar umbi.

3. Pertandingan 3 penjuru sebenarnya menguntungkan PH dan merugikan UMNO/BN dan PAS.

SATU LAWAN SATU.

Sekiranya di PRU-14, satu lawan satu iaitu UMNO/BN atau PAS lawan PH.

Sebagai contoh:
Di Parlimen Jerlun, Kedah. Kalau satu lawan satu antara UMNO vs. PH dan PAS ada kerjasama dengan UMNO.
Mukhriz akan kalah di Parlimen Jerlun.

Dengan statistik yang sedemikian, kerjasama politik antara UMNO dengan PAS – UMNO/BN/PAS BOLEH MENANG 9 kerusi Parlimen di Perlis dan Kedah iaitu:

Kangar, Perlis.

Jerlun, Kedah.

Kubang Pasu.

Pokok Sena.

Kuala Kedah.

Merbok.

Sungai Petani.

Padang Serai.

Kulim Bandar Baharu.

Di Pahang, 5 kerusi Parlimen iaitu:

Raub.

Indera Mahkota.

Kuantan.

Temerloh.

Bentong.

Di Perak, 4 kerusi Parlimen iaitu:

Parit Buntar.

Sungai Siput.

Tambun.

Lumut.

Statistik tidak boleh menipu kita kerana itu pemimpin-pemimpin PH amat takut sekiranya UMNO/BN mengadakan KERJASAMA POLITIK dengan PAS.

Pemimpin Ahli-Ahli Parlimen PH yang akan kalah termasuklah Menteri, Menteri Besar dan Timbalan-Timbalan Menteri iaitu:

1. Saifuddin Abdullah di Indera Mahkota, Pahang.
2. Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baharu, Kedah.
3. Mujahid di Parit Buntar, Perak.
4. Peja (MB Perak) di Tambun, Perak.
5. Mukhriz (MB Kedah) di Jerlun, Kedah.
6. Dr. Hatta Ramli di Lumut, Perak.
7. Dr. Dzulkefly di Kuala Selangor, Selangor.
8. Rina Harun di Titiwangsa, WP.

UMNO dan PAS tidak memerlukan satu GABUNGAN POLITIK YANG RASMI/ OFFICIAL. Tidak perlu memikirkan satu Kerajaan Perpaduan. PRU ke-15 masih jauh lagi.

UMNO masih tidak mempercayai PAS 100%. PAS juga tidak mempercayai UMNO 100%.

Tetapi demi kepentingan umat Islam di negara ini, kepercayaan di antara satu sama lain bertambah baik dari sehari ke sehari.

PRU-15 masih jauh. Kepimpinan PAS juga mungkin bertukar menjelang PRU. Kepimpinan UMNO juga mungkin bertukar sebelum PRU.

Macam-macam boleh berlaku. Apapun, kerjasama 2 parti politik terbesar orang Islam/Melayu ini, merupakan satu kerjasama yang amat baik dan perlu diteruskan.

Salam.

DSBA

27 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts