NURUL IZZAH, DR MUJAHID & KJ BERLAKON FILEM “KEKANDA DI CARDOVA”

390
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Mohd. Puad Zarkashi

27 Disember 2018

Tiba-tiba sahaja perkataan Dinda dan Kanda menjadi popular. Bahkan ada satu infografik filem bertajuk “Kekanda di Cordova”. Ada gambar Dr. Mujahid berlakon sebagai Kekanda, Nurul Izzah sebagai Adinda, Anwar sebagai Ayahanda, Wan Azizah sebagai Bonda. Tidak tahu pula KJ memegang watak apa, walaupun ada gambar beliau di sebelah Nurul Izzah.

Betulkah Mujahid bercinta dengan Nurul sampai tidak tidur malam? Atau baru mahu melamar atau memang akan berkahwin?

Saya yakin ia hanya cerita perkahwinan politik. Mujahid risau Nurul Izzah akan bercerai politik daripada PH apabila meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Pulau Pinang. Sebab itu dia mengajak Puteri Reformsi itu berkahwin dengan PAN.

Kenapa Nurul mahu bercerai politik daripada PH? Mungkin dia tidak tahan dengan Pak Mentua dia (Tun M) yang cuba membawa ramai lelaki gelandangan yang tidak ada hala tuju masuk PPBM.

Tetapi yang amat risau dengan perceraian politik Nurul Izzah ini sudah tentu yang berlakon watak ayahanda, iaitu Anwar Ibrahim. Perceraian itu boleh menyebabkan hubungan dengan besannya (Tun M) renggang dan menjejaskan peluang beliau sebagai Perdana Menteri.

Apa pula peranan KJ? Mungkin dia mengajak Nurul berkahwin mutaah dengannya iaitu menubuhkan gagasan “Anak Muda” yang melangkaui sempadan parti politik. Sebab itu dengan pelakon yang sama, ada yang buat filem berjodol “Cinta Tiga Segi”.

Marilah kita sama sama menonton filem “Box Office” ini yang akan mula masuk panggung tahun hadapan untuk mengetahui ‘ending‘-nya. Mujur watak kekanda tidak dipegang oleh Abang Mat Sabu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts