ISTILAH ‘SERANG’ AZWANDDIN LEBIH BAHAYA DARI UCAPAN GANABATIRAU?

427
SHARES
2.4k
VIEWS

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah ditahan petang semalam dan hari ini beliau telah dibawa ke Mahkamah Majistret Klang dan ditahan reman selama empat hari.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Ini berikutan ucapan beliau pada 25 Disember lepas dalam perhimpunan aman ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy’ di Dataran Klang, Azwanddin dikatakan mengeluarkan kenyataan, “Akan menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.”

Persoalan yang timbul akibat dari ucapan Azwanddin ialah;

  1. Adakah kenyataan beliau “serang balai polis” itu bermaksud atau bermotifkan “serangan sebenar” seperti dalam tragedi Bukit Kepong di mana balai polis diserang oleh komunis dengan tujuan untuk membunuh seisi balai atau “serang” itu bermaksud “bertalu-talu mengasak pihak polis sehingga pembunuh Adib berjaya ditangkap?”
  2. Adakah kenyataan beliau itu telah menyebabkan mana-mana balai atau anggota polis diserang?

Perbezaaan dengan ucapan Exco DAP Selangor, Ganabatirau Veraman, yang terang-terang membakar sentimen perkauman dan kebencian kaum India terhadap kaum Melayu melalui video yang menyeru kaum India agar “Tunjukkan kuasa kita”.

Selain memfitnah kaum Melayu mengancam nyawa anak gadis India dengan pisau, serta menuduh kaum Melayu “meletakkan tangan-tangan kotor mereka ke atas kaum wanita kita (India)”, maka tentunya ini menimbulkan provokasi sehingga berlakunya rusuhan di Kuil Sri Mariamman.

https://youtu.be/vIzf3scVgxo

Mana-mana kaumpun akan merusuh jika mendengar apa yang dikatakan oleh Ganabatirau dan rentetan dari apa yang diungkapkan oleh beliau telah menyebabkan kaum India tersalah faham dan hadir mempertahankan kaum mereka yang sedang ‘diancam’ kaum Melayu kononnya.

Kejadian yang berlaku akibat dari ucapan Ganabatirau ialah;

  1. Berlakunya rusuhan
  2. Berlakunya pembakaran kenderaan
  3. Berlakunya kejadian seorang anggota bomba yang parah dipukul ketika sedang bertugas, iaitu Muhammad Adib Mohd Kassim, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tiga minggu bertarung nyawa
  4. Berlakunya kejadian pukul ke atas dua pemuda Melayu yang lalu menaiki motorsikal, yang tidak diketahui nasibnya sehingga kini
  5. Tingkap bangunan One City Mall dipecahkan dalam rusuhan
  6. Kenderaan dirosakkan

Justeru, jika Azwanddin hanya dengan ucapan “Kita serang balai polis Klang” yang tidak menyebabkan berlakunya sebarang serangan terhadap mana-mana pihak namun beliau boleh ditangkap serta-merta,  digari malah dirantai, maka;

Kenapakah Ganabatirau masih bebas sehingga kini walau berpuluh laporan polis telah dibuat terhadap beliau?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts