PERKARA-PERKARA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

374
SHARES
2.2k
VIEWS

APABILA BERUK MENJAGA KEBUN DURIAN

Kerajaan Pakatan kini memerintah negara ini selama 7 bulan. Pelbagai isu, hala tuju dan dasar yang dikemukakan oleh Menteri-Menteri Kabinet Dr. Mahathir telah membawa pelbagai reaksi dari rakyat.

4 PERKARA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA:

1. MANSUHKAN GST

Memansuhkan Sistem Cukai GST adalah merupakan satu kesilapan besar Kerajaan PH.

Oleh kerana untuk menunaikan janji pilihanraya, maka GST pun dimansuhkan. Dengan termansuhnya GST, negara tidak dapat mengutip lebih daripada RM25 billion setahun dari cukai GST.

SST hanya mampu membawa hasil (income) kepada negara sebanyak RM20 billion sahaja. GST berjaya mengumpulkan hasil sebanyak RM45 billion setahun.

Hasil kutipan cukai ini telah digunakan oleh Najib Razak untuk memberikan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat. GST juga berjaya menstabilkan ekonomi negara ketika harga minyak dunia jatuh menjunam.

Terbukti cukai GST lebih baik daripada SST.

Terbukti GST tiada ketirisan. Terbukti GST cukai yang lebih adil daripada SST.

Terbukti GST bukan penyebab kos sara hidup naik.

2. PEMBATALAN PROJEK ERL KERETAPI KE PANTAI TIMUR

Pembatalan Projek ERL ini juga menjahanamkan ekonomi dan reputasi negara Malaysia.

Projek ini adalah usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan & Syarikat dari Negara China.

Apabila batal projek ini. Dr. Mahathir gaduh dengan Kerajaan China.

Maka, Kerajaan China tidak mahu beli sawit Malaysia. Mereka beli sawit dari Indonesia. Harga sawit jatuh menjunam. Ekonomi peneroka jatuh terterap.

Perancangan ekonomi untuk negeri-negeri Pantai Timur, menjunam jatuh. Kelantan, Terengganu dan Pahang ditadbir oleh PAS dan UMNO. Dr. Mahathir pendendam.

3. BATAL DAN TANGGUH PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR) KUALA LUMPUR – SINGAPURA

Mula-mula kata batal. Kemudian kata tangguh projek ini selama 2 tahun.

Dah gaduh dengan Kerajaan Singapura. Perancangan membangunkan ekonomi negeri-negeri ke selatan negarapun lingkup. Bayangkan harga harta tanah di kanan kiri HSR ini. Pembangunanpun boleh dibangunkan dalam 10 – 15 tahun mendatang ini.

Apa akibatnya, akibatnya ialah keputusan yang flip-flop oleh kerajaan Pakatan menyebab kan MARKET/PASARAN BURSA KUALA LUMPUR tidak lagi berkeyakinan dengan kerajaan ini.

Maka, pelabur-pelabur (fund managers), meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Singapura. Kerana itu, dana pelaburan asing di Malaysia, menjunam jatuh.

4. PETRONAS DAN HARGA MINYAK DUNIA.

Harga minyak petrol di stesen-stesen minyak di negara ini masih lagi belum selesai.

Harga petrol terlalu tinggi, menaikkan kos sara hidup rakyat.

Manakala apabila setelah Kerajaan PH memansuhkan GST, Kerajaan Pakatan ambil duit Petronas sebanyak RM30 billion sebagai bayaran khas kepada kerajaan untuk tutup tidak cukup kutip cukai.

Memang boleh minta RM30 billion  daripada Petronas sebab ketika mereka berkuasa, Kerajaan PH boleh buat Petronas macam bapak mereka punya syarikat.

Tetapi hakikatnya, institusi kewangan dunia tidak boleh ditipu. Rating kewangan Petronas jatuh. Maka, confident pasaran kewangan dunia terhadap Malaysia, jatuh lagi.

Saham jatuh. Dana asing cabut. Dana yang baru tidak mahu masuk ke Malaysia kecuali syarikat-syarikat dari Jepun yang rapat dengan Dr. Mahathir kerana mereka berminat untuk beli sebahagian daripada saham Petronas.

Hari ini, rakyat subsidi 30 sen seliter minyak RON 95 kepada kerajaan iaitu rakyat subsidi kerajaan RM120 juta  seminggu. RM480 juta sebulan.

Udah ler rakyat (yang tak cerdik), bagi sumbangan kepada Tabung Harapan sebanyak RM200 juta setakat 25 Disember ini.

PERKARA-PERKARA YANG KERAJAAN PAKATAN BELUM SELESAIKAN DENGAN RAKYAT

Perkara-perkara yang belum diselesaikan dengan rakyat ialah Manifesto janji yang melambak-lambak.

Pakatan menjanjikan PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK kepada orang-orang Melayu. Belum ditunaikan. Orang-orang Melayu rasa tertipu.

PERKARA-PERKARA YANG PH BELUM SELESAI DENGAN PENYOKONG SENDIRI

PH belum menyelesaikan pelbagai perkara dengan penyokong-penyokong mereka sendiri iaitu;

1. PH janji mahu ratifikasi ICERD.

2. PH janji mahu iktirafkan UEC.

3. PH janji mahu mansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

4. PH janji mansuhkan hukuman mati.

5. PH janji rendahkan kos sara hidup.

6. PH janji mansuhkan tol, PTPTN dan rendahkan harga petrol.

7. PH janji selesaikan masalah ekonomi orang-orang India. Masalah kuil di USJ 25 pun tidak boleh selesai.

Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan dan ditunaikan kepada rakyat dan kepada penyokong PH sendiri.

RATING SOKONG UNTUK PH DAN DR. MAHATHIR MENJUNAM JATUH

Rating sokongan orang-orang Melayu kepada PH jatuh daripada 66% (peratus) kepada 45%.

Rating sokongan orang-orang Cina kepada PH jatuh daripada 87% kepada 65%. Jatuh 22%.

Rating sokongan orang-orang India kepada PH jatuh daripada 84% kepada 64%.

APABILA BERUK MENJAGA KEBUN DURIAN MUSANG KING

Apabila Kerajaan PH menyuruh beruk menjaga Kebun Durian Musang King, inilah jadinya ekonomi negara.

Keadaan yang tidak terurus. Pengutipan hasil yang tidak ditadbir dengan baik.

Pasaran saham menjunam. Bergaduh dengan negara ekonomi kedua terbesar dunia, China, melingkupkan ekonomi negara.

Apabila seekor beruk ditugaskan menjaga kebun, inilah jadinya. Semuanya salah dia, tetapi dia pandai mencari kesalahan orang yang menjaga kebun sebelum dia.

Masalahnya, kalau beruk itu tidak dilantik menjaga kebun. Tuan punya kebun tidak pula dapat menjadi Perdana Menteri.

DILEMA. DILEMA. DILEMA.

Oleh:

GMM

25 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts