HENTIKAN PENJUALAN ASET INSTITUSI MELAYU DAN ISLAM

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

19 Disember 2018

Isu Tabung Haji (TH) tidak boleh didiamkan. Ia mesti dibela dalam kebangkitan ummah pada hari ini. Penyimpan Tabung Haji gusar adakah tahun ini mereka tidak mendapat dividen atau dapat dividen yang jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

TH sebagai institusi orang Melayu dan Islam kini terancam. Ia dijadikan mangsa penjualan aset oleh Lim Guan Eng yang kekurangan hasil akibat pemansuhan GST.

Sebab itu Tabung Haji diletakkan di bawah Bank Negara. BNM pula di bawah Lim Guan Eng. Belum pun apa apa, TH akan jual aset kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan. SPV pula berhak jual aset itu kepada pihak lain.

Aset TH yang dijual itu antaranya ialah tanah komersil bernilai tinggi di TRX dan saham TH. Mungkin selepas ini ada lagi aset TH dan lain-lain akan dijual.

Sebab itu pendedahan Dr. Mujahid mengenai TH mencurigakan. Ia dianggap bermotif politik. Adakah ia dirancang sebagai alasan untuk menghalalkan TH dikawal oleh MOF dan memudahkan penjualan aset TH?

Pendedahan itu bermotif politik, kerana tiada skandal berlaku kecuali perbezaan kaedah accounting sahaja. Sebab itu tidak ada siapa yang didakwa selepas pendedahan itu dibuat. Cuma yang direman ialah seorang pegawai kanan TH melibatkan pengubahsuaian rumahnya setelah meluluskan projek rebranding TH sebanyak RM15 juta.

Kalau TH gagal membayar dividen atau membayar dividen jauh lebih rendah daripada tahun sebelumnya, dikhuatiri penyimpan yang memang bertujuan menyimpan untuk mendapatkan dividen yang tinggi seperti Rafizi Ramli akan mengeluarkan simpanan mereka dari Tabung Haji.

Akhirnya Tabung Haji menjadi lemah dan merugikan umat Islam di Malaysia. Sebab itu umat Islam mesti berkempen menghalang aset Institusi Melayu dan Islam seperti TH, FELDA dan MARA dijual sewenang-wenangnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts