KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGENAI ISU WAYTHA MOORTHY

367
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGENAI ISU MENTERI PERPADUAN WAYTHA MOORTHY

Diringkaskan cerita, tidak perlulah berhujah panjang lebar atau memberi sebab-sebabnya.

Waytha Moorthy mesti disingkirkan dari Kabinet Malaysia.

Caranya:

1. Waytha Moorthy wajib meletakkan jawatan kalau beliau bermaruah.

Sudah lebih 300,000 tandatangan petisyen agar beliau meletakkan jawatan atau disingkir.

2. Jika beliau memilih untuk kekal dan buat ‘TELINGA KAYU’ atau tuli nyata beliau manusia yang benar-benar tidak bermaruah dan tidak ada harga diri langsung.

Beliau hanya tembaga karat yang tidak boleh dibuat pameran. Tidak ada lebih baik, kalau ada hanya memudaratkan.

3. Ia juga bermakna bahawa selama ini beliau hanya kejar jawatan dan masyarakat kaum India dijadikan sandaran politiknya.

Beliau bukan hero kaum India tapi tindak-tanduknya meletakkan masyarakat India sudah mula dipandang serong oleh kaum-kaum lain.

Beliau wajar meletakkan jawatan secara sukarela.

Beliau tidak patut meletakkan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keadaan serba-salah.

4. Jika Waytha Moorthy degil untuk tidak melepaskan jawatan, maka YAB Perdana Menteri tiada pilihan selain menggugurkannya segera dari Kabinet.

Ia boleh dilakukan secara Rombakan Kecil Kabinet.

5. YAB Perdana Menteri mesti mempamerkan “Kepimpinan Melalui Teladan” yang menjadi pegangannya selama ini.

Waytha Moorthy juga telah mencemar nama baik Malaysia di luar negara tiada batasnya.

Andai kata orang Melayu melakukan perkara yang sama, pasti akan dikutuk dan sudah didakwa.

Tetapi yang buruknya Melayu.

6. Waytha Moorthy juga membuat tuduhan melulu yang jijik sebagai anggota Kabinet menuduh polis lambat bertindak bila berlaku pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.

Tuduhannya ini menyebabkan kaum India mengamuk sehingga harta benda awam rosak dan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim terkorban.

7. YAB Perdana Menteri tiada pilihan selain dari memecat atau menggugur Waytha Moorthy dari Kabinet.

Selagi ada Waytha Moorthy dalam Kabinet, maka Kabinet PH yang baru ditubuhkan selepas PRU-14 tidak ada kredibiliti, tidak bermaruah serta tidak prihatin kepada majoriti rakyat.

8. Sudahlah banyak janji PH pada rakyat tidak tertunai, malah perilaku buruk seorang anggota Kabinetpun gagal diambil tindakan.

Seolah-olah Kabinet mainan yang tiada maruah. Kabinet retorik sahaja.

Segeralah YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bertindak. Jangan tunggu lama-lama. Nanti rakyat makin marah. Tidak perlulah rakyat terpaksa berdemontrasi.

Kini demonstrasi sudah mula menjadi budaya rakyat.

Kesianlah pada rakyat yang kini kehidupan amat tertekan kerana peningkatan kos sara hidup yang dahsyat.

Sekian. Terima kasih.

Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali @ Tok Him

Presiden PERKASA

19 Disember 2019

6 petang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts