ANTARA PERTAHAN HAK KUIL YANG DIARAH PINDAH DAN PERTAHAN HAK MELAYU YANG DIJAMIN PERLEMBAGAAN

653
SHARES
3.2k
VIEWS

Kitapun tidak faham bagaimana boleh berlaku pembunuhan tragis seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dipukul ketika bertugas menjaga ketenteraman dan keselamatan tanpa mengira agama dan bangsa.

Beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir malam tadi setelah bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) sejak dimasukkan ke hospital pada 27 November lepas.

Apakah penyebab kepada kebencian sehingga tergamak memukul dengan tujuan untuk membunuh anggota keselamatan yang sedang bertugas?

Beliau parah “diserang dengan niat untuk membunuh”, adalah kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri nyatakan pada 28 November lepas.

Kita tidak boleh faham bagaimana kumpulan India yang merusuh demi mempertahan kuil mereka yang wajib dipindahkan apatah lagi sebenarnya telahpun mendapat tapak dan kuil baru serta pampasan, sehingga sanggup membunuh?

Adakah kerana Muhammad Adib itu seorang Islam berketurunan Melayu?

Mungkin juga bukan salah sekumpulan India yang merusuh apabila ada ahli politik DAP iaitu Ganabatirau Veraman yang juga seorang India apabila beliau sengaja membakar sentimen agama dan perkauman dengan menuduh ‘sekumpulan Muslim’ yang menyerang kuil mereka.

Sekumpulan Muslim? Jika mengikut logik beliau, maka bolehkah kita kata ‘sekumpulan Hindu’ yang membunuh seorang Muslim berketurunan Melayu iaitu Muhammad Adib?

Kenyataan beliau jelas menunjukkan kebencian pada Islam apabila terus ‘melabel’ sekumpulan Muslim, yang kemudiannya diubah kepada ‘sekumpulan gangster’.

Tentunya yang menyerang kuil itu adalah sekumpulan gangster ataupun perusuh berketurunan Melayu dan yang membunuh Muhammad Adib juga sekumpulan gangster ataupun perusuh berketurunan India, kedua-dua kumpulan tersebut wajar dihukum tanpa mengira agama ataupun bangsa.

Namun, sekumpulan Hindu berketurunan India yang mempertahan kuil sehingga merusuh dan membunuh, tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini dilihat sebagai;

“HANYA MEMPERTAHAN HAK MEREKA IAITU SEBUAH KUIL YANG TELAHPUN MENDAPAT KEADILAN SEWAJARNYA DENGAN MENERIMA TAPAK DAN KUIL BARU SERTA PAMPASAN.”

Bagaimana dengan sekumpulan Muslim berketurunan Melayu yang membentuk sekitar 60 peratus penduduk dalam negara Malaysia yang tidak merusuhpun, namun dipandang rasis apabila mempertahankan hak sendiri, bolehkah mereka juga dilihat sebagai;

“HANYA MEMPERTAHAN HAK MEREKA IAITU SATU HAK YANG TELAHPUN MENDAPAT KEADILAN SEWAJARNYA APABILA RELA BERKONGSI HIDUP DENGAN KAUM PENDATANG IAITU CINA DAN INDIA DENGAN HAK-HAK MEREKA DIJAMIN PERLEMBAGAAN.”

Kenapa sekumpulan perusuh India mempertahan kuil dengan melanggar undang-undang tidak dikecam sebagai rasis atau pelampau agama?

Tetapi apabila Melayu Islam mempertahan haknya sendiri yang dijamin Perlembagaan dikecam sebagai rasis dan pelampau agama?

Kenapakah selama ini kita masyarakat Melayu, anak-anak Sabah dan Sarawak serta peribumi, Cina dan India mampu hidup aman dan damai tanpa masalah, namun apabila kerajaan ditukar maka Perlembagaan juga hendak ditukar?

Di manakah keadilan sebenarnya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts