UTUSAN: KEGAGALAN ZAHID?

403
SHARES
2.3k
VIEWS

Peletakan jawatan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Sheikh Fadzir mencetuskan banyak tanda tanya dalam kalangan warga kerja Utusan.

Tidak sampai enam bulan menerajui Utusan, tindakan beliau melepaskan jawatan dilihat tidak bermaruah dan menyusahkan organisasi media itu.

Setelah melakukan banyak perubahan dalam usaha penstrukturan semula yang berserabut dan tidak kemas, beliau meninggalkan Utusan dengan kerosakan.

Apatah lagi Utusan di bawah kepimpinannya baru sahaja memulakan proses skim pemberhentian pekerja secara sukarela ( VSS) yang melibatkan 700 pekerja.

Skim tersebut sudah pun bermula 1 Disember lepas dengan pembayaran dilakukan berperingkat-peringkat sehingga akhir 2019. Bagaimana kedudukan skim itu selepas ini dan masalah kewangan Utusan? Nampaknya Aziz lebih pandai bercakap daripada bertindak.

Sekiranya sekadar mahu menerajui Utusan untuk seketika dan membawa ketidaktentuan, adalah lebih baik Aziz dari awal tidak menerima pelantikan sebagai Pengerusi Eksekutif ketika ditawarkan.

Lebih memburukkan keadaan adalah pengumuman pelantikan Datuk Ibrahim Yahaya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan (Sebelum ini jawatan itu dipangku oleh Aziz).

Pelantikan beliau mendapat reaksi negatif daripada kakitangan Kumpulan Utusan, begitu juga bekas kakitangan. Malah turut mendapat reaksi hambar daripada industri media tempatan.

Ini kerana reputasi Ibrahim yang tidak menyinar dan dikatakan gagal di beberapa organisasi yang beliau ceburi sebelum ini seperti di RTM dan TV Bernama.

Selain itu, langkah Zahid melantik Ibrahim iaitu pegawai medianya sendiri memperlihatkan Zahid lebih mengutamakan kroninya berbanding melantik orang yang lebih sesuai.

Ia juga mencerminkan Zahid tidak mempercayai editor-editor sedia ada dalam Kumpulan Utusan. Sepatutnya beliau mengutamakan orang dalam dan bukan orang luar.

Gelombang bantahan pekerja Utusan sudah dirasakan. Ternyata Zahid tidak berubah iaitu masih mahu menjaga kepentingannya sendiri dan bukannya kepentingan UMNO.

Sudahlah sebelum ini beliau melantik Aziz Sheikh Fadzir sebagai Pengerusi Eksekutif dengan kuasa penuh. Sepatutnya pemimpin politik dihadkan sebagai Pengerusi bukan Eksekutif bagi menjamin tadbir urus yang baik.

Episod melibatkan Utusan ini adalah cerminan kegagalan Zahid sebagai Presiden UMNO dalam menguruskan syarikat- syarikat milik parti itu. Beliau sendiri yang memudaratkan dan mahu membiarkan Utusan tersungkur.

Adalah lebih baik jika Zahid memberi mandat kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Datuk Seri Johari Ghani menguruskan Utusan yang menjadi organisasi media milik UMNO. Utusan, walau apa pun cabarannya, masih ada pengaruh dan mampu bangkit tetapi masalahnya adalah kelemahan dan kegagalan Zahid.

Sepatutnya Zahid itu sendiri patut meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Beliau tidak lagi relevan malah menjadi liabiliti kepada parti.

Oleh Hamangkubuwono,

Anak Jawa Malaysia

Utusan ( wartawan yang mengambil VSS)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts