ISU TABUNG HAJI: AMBIL TINDAKAN, JANGAN CAKAP BANYAK

23
SHARES
250
VIEWS

Oleh: Ustaz Idris Hj Ahmad

Naib Presiden PAS

11 Disember 2018 

Siasat segera Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). 

Ambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat institusi kewangan umat Islam yang terbesar.

Menteri tidak perlulah bicara di Mahkamah Media, kuasa sudah ada janganlah masih macam pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Kebajikan pendeposit mesti diutamakan. 

Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) pada tahun ini.

Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank Negara?

Sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959.

Saya bimbang TH diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) terkeluar daripada matlamat penubuhannya.

Masihkah Jamaah Haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah BNM?

Bank Rakyat yang mengalami masalah satu ketika dahulu, termasuk pinjaman RM32 juta kepada Deepak Jaikishan tauke permaidani, tanpa faedah tidak pula diserah kepada Bank Negara?

Perkara ini Dato’ Hj Mahfuz Omar lebih tahu. Jangan Dato’ Mahfuz buat lupa pula walaupun Deepak sudah mesra Pakatan Harapan kerana hadir Majlis Makan Amal Pakatan Harapan dan membeli potret hitam putih Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada harga RM150,000.

(Dipetik dari laman Facebook Pemuda PAS Pokok Sena)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan