DAP TETAP ANGKUH, ABAI KESAN HIMPUNAN 812

937
SHARES
3.4k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

11 Disember 2018

1. Setelah hasrat meratifikasi ICERD gagal dalam masa terdekat, DAP kembali dengan cita-cita mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan. Tanpa memperdulikan bantahan beberapa pihak, DAP terus mendesak. Kenyataan PM dan Menteri KPKT bagai tiada harga di mata DAP. Mereka galak menyebar kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang negeri tersebut telah bersedia mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan.

2. Lim Guan Eng yang kini menjadi sesumpah juga semakin bercabang lidahnya. Di hadapan ahli DAP, beliau berjanji akan terus mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan. Ucapannya penuh bersemangat diiringi tepukan gemuruh dari ahli-ahli DAP.

Bila mengulas perhimpunan 812, Guan Eng mengatakan ia perhimpunan paling rasis.

3. Bukankah pilihanraya kerajaan tempatan jika diadakan akan menambah majoriti kaum Cina di bandar? Adakah ini tidak rasis? Sekali lagi DAP yang mempunyai kerusi Parlimen kedua terbanyak membuli Perdana Menteri dengan tidak mengendahkan kenyataan PM. Tiada kesankah perhimpunan 812 ke atas DAP?

4. Jawapannya TIDAK! DAP tidak pernah ambil peduli perasaan orang lain. Apapun yang berlaku, keutamaan dasar dan cita-cita DAP tetap nombor satu! DAP bijak mengeksploitasi situasi dan isu. Pemimpin DAP boleh bertindak bagai sesumpah menjadi rakyat bawahan, penoreh getah dan lain-lain lagi sedangkan mereka kaya raya sejak sekian lama.

5. Maka itu, jangan kita alpa dengan sandiwara DAP ini. Bila bercakap, pemimpin DAP ini lembut gigi dari lidah, berbeza dari tindakan dan gerakan mereka.

DAP tidak pernah lupa atau kendur cita-cita mereka mahu merealisasikan ‘Malaysian Malaysia’.

Kejayaan perhimpunan 812 baru-baru ini hanyalah satu permulaan bagi kita. Jangan kita lupa dan alpa dengan kejayaan tempohari sebagaimana DAP tidak pernah alpa dan lupa mencapai cita-cita mereka. Kejayaan kita tempohari wajar diperkemaskan lagi dan perlu dikekalkan momentumnya.

Ini kerana kita mungkin dilalaikan dengan sandiwara DAP, namun DAP tidak pernah melupakan cita-cita mereka…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts