DR. MAHATHIR DAN PAKATAN HARAPAN BERADA DI AMBANG KEHANCURAN

442
SHARES
2.6k
VIEWS

Kehadiran ratusan ribu umat Islam berbangsa Melayu di Perhimpunan ICERD dan Perhimpunan Perpaduan Ummah semalam 8 Disember, di Dataran Merdeka melakarkan satu sejarah baru kepada negara Malaysia.

Pengalaman saya berarak dengan ratusan ribu Umat Islam semalam merupakan sesuatu yang akan sentiasa berada di ingatan saya.

Sesungguhnya Perhimpunan ini, bertujuan untuk memastikan pemerintah negara ini terus sedar bahawa umat Islam bangsa Melayu tidak rela Agama & Bangsa mereka diperlekehkan.

Orang-orang Islam Melayu tidak rela hak keistimewaan orang-orang Melayu, keistimewaan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan hak Bumiputera di Sabah & Sarawak dipertikaikan lagi.

8 Disember akan dikenang sebagai satu tarikh KEBANGKITAN RAKYAT.

Penyatuan orang-orang Melayu Islam dilihat sebagai satu ketentuan Allah SWT dan memberi SATU HARAPAN BARU kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Keakraban antara ahli-ahli UMNO dan PAS kelihatan lebih baik. Sudah ada kepercayaan bahawa ini adalah satu PERJUANGAN BERSAMA, demi kelangsungan mempertahankan agama Islam di negara ini.

Kemungkinan ini akan memulakan satu gagasan kerjasama antara UMNO dan PAS di dalam sebarang isu agama Islam dan isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Perhimpunan orang-orang Islam di Dataran Merdeka hari Sabtu lalu, memberi kesedaran kepada Dr. Mahathir bahawa sekiranya orang-orang Islam bersatu padu dengan satu tujuan dan matlamat, Dr. Mahathir perlu mendengar keluh kesah mereka.

Atau bersiap sedialah berhadapan DENGAN KEHANCURAN.

Perhimpunan ratusan ribu umat Islam ini merupakan tamparan yang besar kepada kepimpinan Dr. Mahathir semenjak Mei 2018.

Ini memberi peluang kepada gagasan UMNO dan PAS menunjukkan kepada rakyat bahawa umat Islam sudak tidak lagi bersama Dr. Mahathir atau Pakatan Harapan.

Mereka sudah tidak percaya kepada Dr. Mahathir dan Pakatan yang terus menerus BERBOHONG kepada rakyat.

Kerajaan Pakatan tidak putus-putus memainkan PERMAINAN POLITIK MECARI SALAH kerajaan terdahulu (BN), yang mana kini sudah MEMUAKKAN RAKYAT.

Rakyat menunggu satu kerajaan yang boleh melakukan sesuatu bagi membela rakyat miskin dan rakyat yang memerlukan bantuan.

Yang amat menggembirakan di Perhimpuan Sabtu lalu ialah kehadiran ribuan anak-anak muda berumur antara 30 hingga 20 tahun.

Ini membuktikan anak-anak muda sudah mula kembali kepada perjuangan UMNO dan PAS.

PPBM bukan sekuat mana pun. Hanya ada 15 kerusi di Dewan Rakyat daripada lebih kurang 124 kerusi Pakatan.

Pada bulan Mei 2019 ini, Dr. Mahathir hanya tinggal 1 tahun lagi sebagai Perdana Menteri. Keadaan Dr. Mahathir semakin tertekan. Menteri-Menteri yang ada tiada pengalaman.

Hanya menjadi bahan lawak jenaka sahaja setiap hari di Media Sosial.

Salam.

DSBA

10 Disember 2018

Shah Alam, Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts