ADAKAH DAP TERLALU BERKUASA LANTAS MAHU MENGGAGALKAN PERHIMPUNAN 812?

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

6 Disember 2016

1. DAP telah mengisytiharkan mahu bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands sejurus mahkamah mengisytiharkan keputusan PRU-14 batal untuk kerusi tersebut. Di Dewan Rakyat pula, Speaker Dewan Rakyat menghalau wakil rakyat keluar walaupun proses mahkamah belum selesai sepenuhnya.

Adakah ini berlaku secara kebetulan? Tentunya speaker Dewan Rakyat tahu proses rayuan belum selesai. Tangan ghaib manakah yang mengarahkan Speaker segera mengosongkan kerusi tersebut di Dewan Rakyat? Adakah DAP? Adakah kerana DAP beria-ia benar mahu segera bertanding di Cameron Highlands?

Rakan PH yang lain semua diam menikus apabila ‘abang besar’ bersuara.

2. Speaker DAP Dewan Undangan Negeri Perak telah menolak usul ICERD yang dibawa oleh Menteri Besar Perak yang juga dari kerajaan PH. Kejadian ini juga berlaku hanya di era kerajaan Malaysia Baharu pimpinan PH. Tidak pernah terjadi di Parlimen atau mana-mana DUN, usul yang dibawa oleh Menteri Besar (Ketua kerajaan negeri), ditolak oleh speaker.

Untuk rekod, DAP memiliki kerusi terbanyak dalam komponen PH di Perak. Ini tentunya membolehkan mereka mengawal Menteri Besar yang hanya mewakili parti paling sedikit dalam sejarah DUN Perak. Ada juga berita gerakan menjatuhkan MB di Perak yang didalangi DAP. Walaupun ada penafian, bau busuk tinggalan DAP dapat dihidu di situ.

Sekali lagi, bila ‘abang besar’ berbicara dan bertindak, rakan komponen PH diam menikus dan menyalak menyalahkan lawan mereka sahaja.

3. Begitu juga dalam isu ICERD, tangan DAP ditutupi dengan bayang-bayang Waytha Moorthy dan pimpinan AMANAH. Suara-suara DAP yang keluar melalui Mahfuz dan Mujahid melambangkan keresahan DAP apabila Melayu-Islam-Bumiputera mula mengorak langkah perpaduan. Sekali lagi, semua komponen PH akur dengan nada DAP yang tidak mahu Melayu-Islam-Bumiputera berpadu tenaga bangkit mempertahankan hak mereka.

Apabila DAP Nga Kor Ming menyatakan perhimpunan anti ICERD adalah perhimpunan rasis kerana melibatkan Melayu-Islam-Bumiputera sahaja, menyalaklah pimpinan melayu PH mengiakan kata-kata pemimpin radikal DAP ini yang sering menghina Melayu-Islam-Bumiputera.

Sekali lagi bila ‘abang besar’ bersuara, tiada yang berani melawan cakap ‘abang besar’.

4. Di Kementerian Kewangan begitu juga. Yang berkuasa di situ adalah Menteri Kewangan dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan. Tidak pernah terjadi dalam mana-mana sejarah Menteri Kewangan, Setiausaha Politiknya bercakap secara terbuka atau membuat pengumuman berkaitan polisi kementerian.

Namun dalam kes ini, cakap-cakap Setiausaha Politik Menteri Kewangan iaitu Tony Pua Kiam Wee boleh menjadi polisi atau tata cara kewangan negara. Seringkali juga Tony Pua mendahului menteri beliau hatta Perdana Menteri juga. Sekali lagi, ianya hanya berlaku dalam kerajaan Malaysia Baharu pimpinan PH yang didominasi DAP. Rakan-rakan sekutu PH tiada yang berani menegur situasi ini.

Beginilah keadaannya apabila dua ‘abang besar’ berada di kementerian yang paling penting.

Fenomena ini jelas menunjukkan siapa yang mengawal siapa sekarang. Maka itu, himpunan anti ICERD 812 ini adalah medan kita mempertahankan hak Melayu-Islam-Bumiputera dari dibuli oleh mereka yang rasis dan rakus mencabul kontrak sosial seperti yang dipersetujui pimpinan terdahulu.

Banyak cubaan untuk menggagalkan himpunan ini. Maka itu, kita tumpukan sepenuh perhatian menjayakan perhimpunan ini nanti. Jangan kita hilang fokus melayan segala persepsi yang cuba mengalih perhatian dan melemahkan semangat kita.

Ayuh terus mara dan jayakan PERHIMPUNAN ANTI ICERD 812 Sabtu ini nanti….

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts