AMBRIN BUANG LEBIH BERWIBAWA DARIPADA MADINAH?

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

6 Disember 2018

Tan Sri Ambrin dengan berani mendedahkan bahawa dakwaan Madinah kononnya laporan akhir 1MDB telah dipinda adalah tidak benar kerana yang dipinda itu hanya merupakan “deraf awal”.

Beliau menegaskan tidak ada sesiapa yang mempengaruhinya dan tidak ada pindaan dibuat kepada laporan terakhir yang dihantar kepada PAC pada 4 April 2016. Dengan kata lain tidak ada laporan akhir versi lain. Semua di dalam kawalan beliau.

Pada beliau adalah biasa pindaan dibuat kepada deraf awal. Ia bukan satu kesalahan. Seperti menyedikan deraf “Bajet” sudah tentu berbelas dan berpuluh pindaan dibuat.

Difahamkan ada pegawai di MOF merungut kerana beberapa pindaan dibuat terhadap deraf asal bajet. Agaknya itu punca bonus penjawat awam dan bantuan khas untuk nelayan, petani dan pekebun kecil tidak ada dalam ucapan Bajet 2019?

Contoh terbaik ialah, Dr. Maszlee menafikan KPM ada meminta peruntukan khas RM120 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina. Apakah Lim Guan Eng yang meminda dan menambahkannya dalam Bajet untuk KPM? Apakah itu satu kesalahan?

Maka pendedahan TS Madinah seperti terpaksa. Ia menjatuhkan kredibilitmya.

Tahniah TS Ambrin Buang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts