PELUANG TUBUH KERAJAAN PERPADUAN: SATU REALITI ATAU MITOS?

361
SHARES
2.1k
VIEWS

PELUANG TUBUH KERAJAAN PERPADUAN: SATU REALITI ATAU MITOS?

Barisan Nasional kalah di Negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (7 buah negeri).

Kekal memerintah di Negeri Pahang dan Perlis (2 negeri).

Tetap kalah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan (3 negeri).

TERLEPAS PELUANG

BN/UMNO terlepas peluang untuk memerintah di Perak dan Sabah.

Di Perak, BN sepatutnya boleh memerintah dengan kelebihan 30/29 kerusi DUN.

Perbincangan untuk menubuhkan Kerajaan Negeri di Perak mengambil masa terlalu lama. PAS pada ketika itu tidak dapat membuat keputusan dengan pantas atas cadangan dan tawaran-tawaran yang dibuat oleh UMNO untuk menubuhkan satu Kerajaan Negeri bersama.

Akhirnya, Pakatan Harapan menjadi penyamun dan mencuri 2 ADUN UMNO dan menubuhkan Kerajaan Pakatan di Perak.

Segala-galanya kini menjadi sejarah.

Peja menjadi Menteri Besar Perak dengan kedudukan yang PALING RAPUH di dalam sejarah politik Negeri Perak.

PPBM dengan hanya 1 kerusi dan Peja dengan majoriti 39 undi di DUN Chenderiang, Tapah boleh jadi Menteri Besar Perak.

Hari ini, PAS sedar kelewatan mereka bertindak telah menyebabkan PAS/UMNO hilang peluang untuk memerintah Negeri Perak.

Kedua-dua belah pihak sedar hakikat ini dan 8 Disember 2018, akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih baik dan akrab antara PAS dan UMNO.

Kalaulah, Perak milik UMNO dan PAS, sudah tentu Perak, Pahang dan Negeri Perlis akan menjadi LAUNCHING PAD, kubu bagi melancarkan serangan balas kepada Kerajaan Pakatan di negeri-negeri yang BN tewas.

Kedua-dua belah pihak sedar dan kesal satu pakatan, satu kerjasama, satu Kerajaan Perpaduan Islam/Melayu sepatutnya telahpun di tubuhkan di Negeri Perak.

Satu peluang keemasan yang terlepas.

REBRANDING BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional perlu ‘rebranding‘/dijenamakan semula supaya nampak lebih segar dan diminati semula oleh rakyat.

Manakala, Bapa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee terus menerus menghiburkan hati rakyat dengan kenyataan terkini beliau yang mahu masukkan kes 1MDB sebagai sebahagian daripada mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah.

Kes 1MDB belumpun didengar di mahkamah dan belum ada sebarang keputusan Mahkamah (judgement), Maszlee sudah mahu mula menulis sejarah 1MDB.

Sesungguhnya, Menteri Pendidikan kerajaan Dr. Mahathir ini layak bertanding di dalam acara popular di Astro iaitu MAHARAJA LAWAK.

Sekian.

Salam hormat.

DSBA

4 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts