SISTEM DOJ AMERIKA JUGA ‘CORRUPTED’

352
SHARES
2.1k
VIEWS

SISTEM DOJ AMERIKA JUGA ‘CORRUPTED

Oleh Mohd Puad Zarkashi

2 Disember 2018

Hari ini headline besar muka depan akhbar NST ialah “US DoJ Official lies about Jho Low funds”. Bagi yang tidak berfikir panjang akan terus menyimpulkan Najib adalah bersalah, walaupun Najib tidak ada kaitan dengannya. Itulah nasib Najib dan beberapa pemimpin UMNO lain yang berterusan menjadi mangsa mahkamah media.

Sedangkan, tajuk berita itu telah membuktikan bahawa sistem DoJ Amerika sendiri adalah terlalu korup. Ini berlaku kerana di Amerika Syarikat sistem ‘pelobi’ dihalalkan. Hatta untuk berjumpa Presiden Amerika pun kena guna pelobi kecuali jika dijemput khas.

Justeru apabila Jho Low menggunakan ‘pelobi’ untuk mempengaruhi seorang pegawai DoJ maka ia mendedahkan pekung dalam DoJ.

Sebab itu kita mahu tahu berapa jumlah wang yang Sarawak Report, Khairuddin Hassan dan Matthias bayar kepada ‘pelobi Amerika’ untuk memastikan dakwaan kes 1MDB yang mereka bawa diterima oleh DoJ. Bahkan kita juga mahu tahu siapa dalang yang menaja wang sebegitu banyak untuk membayar upah si pelobi.

Sebab itu dalam saman DoJ, 1MDB langsung bukan pihak atau pegawainya yang didakwa. Mereka yang didakwa ialah yang menipu Goldman Sachs, Petrosaudi dan IPIC termasuk yang merasuah pegawai DoJ.

Sebab itu sejak 2015 kes ini dibawa ke DoJ Amerika, tiada pihak di 1MDB yang telah disaman. Ia hanya menguntungkan pihak yang mahukan perbicaraan media berlaku. Dan yang tumpang untung ialah ‘Pelobi Amerika’ yang telah merasuah pegawai dalam DoJ sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts