PELANCARAN PARTI PRIBUMI DI SARAWAK, PERLU KE PPBM TERUS MENGORAT PARTI UMNO?

392
SHARES
2.3k
VIEWS

Semalam 1 Disember jam 10 malam, Dr. Mahathir telah melancarkan penubuhan Parti Pribumi Sarawak di Bintulu Civic Centre.

Dengan penubuhan PRIBUMI SARAWAK, orang-orang di Sarawak mempunyai satu lagi pilihan parti politik.

PPBM mensasarkan 30,000 orang akan dapat menyertai PPBM pada tahun 2019.

Parti PPBM telah menjemput bangsa peribumi Sarawak untuk menyertai parti mereka seperti bangsa Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kiput dan lain-lain.

Bangsa-bangsa Pribumi Sarawak yang bukan beragama Islam juga di jemput menyertai PPBM, termasuk yang beragama Kristian.

Michael Ding, Ketua Masyarakat Bangsa Kiput menyatakan bahawa beliau merasa seronok kerana Parti Bersatu menjemput bangsa-bangsa peribumi yang lain menyertai PPBM selain daripada orang-orang Melayu di Sarawak.

Dengan pelancaran PRIBUMI SARAWAK ini, maka PPBM akan menjadi satu parti politik yang:

MULTI RACIAL.

MULTI ETHNIC.

MULTI RELIGION.

Berbilang bangsa, berbilang etnik (peribumi) dan pelbagai agama.

Persoalannya, adakah dengan kemasukan bangsa-bangsa peribumi berbilang agama ini hanya untuk negeri Sarawak?

Atau untuk seluruh negara?

Sesungguhnya, Parti Pribumi kebanggaan ORANG-ORANG MELAYU di Semenanjung Malaysia – BUKAN LAGI MERUPAKAN SATU PARTI MELAYU & ISLAM.

PPBM kini satu parti untuk semua bangsa dan agama.

Maka dengan itu, hala tuju Parti Pribumi juga bakal bertukar dari memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu kepada memperjuangkan hak dan kepentingan BANGSA MALAYSIA.

PERSOALAN YANG PALING BESAR

PPBM yang dok mengorat UMNO buat apa? Suruh UMNO dibubarkan dan semua ahli-ahli UMNO masuk PPBM. Agar PPBM menjadi satu parti Melayu yang terbesar di negara ini, dengan Ahli-ahli Parlimen terbanyak di Dewan Rakyat.

Sekarang ini, Parti Pribumi akan menjadi parti berbilang kaum & agama.

BUKAN PARTI MELAYU DAN ISLAM.

Sesungguhnya ini cara seorang yang mengikut fahaman MACHIAVELLIAN, iaitu cara menghalalkan segala-galanya.

Pandangan saya,

DSBA

2 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts