ANTHONY LOKE KATA PEMANDU E-HAILING DAPAT BERPULUH RIBU SEBULAN?

566
SHARES
3.2k
VIEWS

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pemandu perkhidmatan e-hailing berkaitan keperluan untuk mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) menjelang Julai tahun depan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing tidak akan dibenarkan lagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menurut beliau;

“Sekiranya anda memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan, tidak ada alasan untuk tidak mendapatkan PSV. Pemandu teksi ‘menembak’ saya.”

Anthony dipetik berkata demikian kepada media selepas pelancaran perjalanan tanpa had pada hari Sabtu.

Namun adakah beliau sedar rata-rata pemandu e-hailing yang membawa secara sepenuh masa hanya akan mendapat anggaran antara RM3,000 hingga RM4,000 sahaja sebulan?

Manakala bagi pemandu e-hailing yang membawa secara berterusan dengan rehat yang sedikit boleh memperolehi sekitar RM5,000-6,000 sebulan, bukannya berpuluh ribu ringgit.

Siapa yang membekalkan data tidak tepat kepada beliau yang hanya menjejaskan kredibilitinya sebagai Menteri Pengangkutan?

Kenapa menteri-menteri Pakatan Harapan semakin ramai membuat kenyataan mengarut termasuk ada yang menyarankan penoreh menoreh getah pada musim tengkujuh?

Adakah pegawai-pegawai di keliling mereka ini tidak memberikan data terperinci dan menyemak berkali-kali sebelum Menteri mereka mengeluarkan sebarang kenyataan?

Jika tiada data terperinci sekalipun, seorang menteri yang bijak (baca: tidak bodoh) mampu berfikir secara logik bahawa mustahil seorang pemandu e-hailing boleh mendapat sehingga berpuluh ribu  ringgit sebulan.

Atau adakah tekanan daripada persatuan dan pemandu-pemandu teksi sebegitu hebat sehingga menjejaskan logik berfikir Menteri Pengangkutan?

Apakah dosa pemandu-pemandu e-hailing sehingga digasak sebegitu rupa?

Pernahkah Anthony terfikir bahawa perkhidmatan e-hailing ini telah banyak membantu masalah pengangguran dan masalah berhutang rakyat Malaysia yang selama ini tidak mempunyai jalan keluar apabila berhenti atau diberhentikan kerja?

Hanya dengan memanfaatkan kereta masing-masing, masalah tidak bekerja dan membayar kereta juga selesai tanpa meminta bantuan dan menyusahkan sesiapa hatta kerajaan.

Sedangkan pengguna-pengguna iaitu para penumpang memilih perkhidmatan e-hailing semata-mata kerana satu perkara sahaja iaitu;

Perkhidmatan e-hailing lebih baik dari perkhidmatan teksi dalam segenap perkara.

Kalau benar Anthony melayan pemandu teksi dan e-hailing secara sama rata, beliau wajar menguatkuasakan pula syarat-syarat beroperasi dan disiplin yang ketat ke atas setiap pemandu teksi sama seperti perkhidmatan e-hailing.

Barulah persaingan sihat namanya.

Namun apakah pula hebatnya pemandu-pemandu teksi sehingga Menteri Pengangkutan terpaksa ‘akur’ dengan tuntutan mereka?

Kenapa perkhidmatan teksi yang menyumbang kepada kritikan sejak sekian lama ingin dipertahankan oleh sang menteri sedangkan perkhidmatan teksi itu sendiri wajar ditambah baik dalam segenap perkara?

Sedangkan perkhidmatan teksi itu sendiri perlu melalui dua transformasi utama iaitu;

  • Transformasi sikap dan disiplin pemandu-pemandunya
  • Transformasi perkhidmatan yang menyamai perkhidmatan e-hailing yang ketat yang lengkap dengan ‘rating’ pemandu, ‘cancellation rate’ dan ‘acceptance rate‘, pembatalan dan penahanan perkhidmatan jika melanggar syarat perkhidmatan

Jika tidak, nampaknya Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan tidak mahu atau sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah yang telah lama berlanjutan antara perkhidmatan teksi dan e-hailing.

Yang jelas, beliau hanya pandai ‘tembak’ dan ‘menghukum’ pemandu-pemandu e-hailing kerana takutkan pemandu-pemandu teksi ‘menembak’ beliau.

Inilah standard Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyelesaikan masalah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts