TUN M SUDAH ADA ALASAN BARU

478
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

29 November 2018

Beliau menegaskan kekurangan majoriti 2/3 adalah faktor kenapa PH gagal menunaikan janji. Itu cakap beliau semalam ketika menerima MP Bagan Serai dan 4 Senators BN yang menyertai PPBM. Adakah untuk menghapus pinjaman PTPTN perlu 2/3? Adakah untuk menurunkan harga minyak perlukan 2/3? Adakah untuk meneruskan bantuan nelayan, petani dan pekebun sawit memerlukan 2/3?

Atau sebenarnya Tun M memerlukan 2/3 untuk meminda Perlembagaan untuk meratifikasikan ICERD atau untuk mengurangkan lagi kuasa Raja Raja Melayu? Syarat mereka yang masuk PPBM itu ialah setahun tidak boleh pegang jawatan. Syarat lain bagaimana? Adakah siasatan rasuah, money laundering dan melarikan cukai dikecualikan?

Kenapa syarat tidak boleh memohon projek atau kontrak kerajaan tidak dimasukkan? Barulah genuine kemasukan mereka ke dalam PPBM.

Setahun hanya kosmetik sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts