MUSA HASSAN: ISYTIHAR PERINTAH BERKURUNG

797
SHARES
4.6k
VIEWS

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesyorkan perintah berkurung diisytiharkan oleh Ketua Polis Negeri berikutan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, untuk mengelakkan insiden yang sudah berlarutan dua malam itu menjadi semakin tidak terkawal.

Menurut beliau, ini bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan tersebut kerana langkah berkenaan berkesan dalam menangani kejadian berkenaan.

“Ya, polis kena tegas dan tindakan tidak kira pihak mana. Polis ‘presence’ atau keberadaan anggota polis harus wujud di kawasan berkenaan. Boleh letak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau apa-apa unit.”

“Ketua Polis Negeri boleh isytihar perintah berkurung supaya ketenteraman tidak tergugat dan kemudian maklumkan kepada kerajaan negeri.”

Insiden melibatkan isu pengambilalihan hartanah dan pemindahan sebuah kuil di Subang Jaya sudah berlarutan selama dua malam.

Merusuh, bakar kenderaan, merosakkan bangunan dan setakat ini telah melibatkan kecederaan serius seorang penjawat awam yang dipukul oleh kumpulan perusuh.

(Dipetik daripada Utusan Online)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts