KES RUSUHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN USJ 25

590
SHARES
3.5k
VIEWS

KES RUSUHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN USJ 25

Adakah mereka yang menjalankan operasi kuil di atas tanah milik orang lain (One City), terlalu kebal sehinggakan perintah mahkamahpun boleh dibakul sampahkan?

Apa nak jadi kepada negara yang aman damai ini?

Malam semalam, keadaan bertambah buruk apabila serangan dilakukan terhadap One City Mall (tuan punya tanah) dengan memecahkan tingkap-tingkap Mall tersebut.

MENTERI PERPADUAN HARUS BERTINDAK SEGERA

Menteri Perpaduan, WAYTHA MOORTY harus bertindak segera, jangan hanya menyalahkan pihak Polis Subang Jaya yang kononnya lambat bertindak.

Mana mungkin pihak polis boleh mengagak apa yang akan bakal berlaku di malam tersebut?

Pihak KDN kini menyatakan bahawa ini bukan satu pertembungan antara kaum tetapi pergaduhan dan rusuhan antara 2 kumpulan.

Pihak polis juga mengesahkan bahawa bukan sahaja orang-orang India terlibat, orang Melayu dan Cina juga terlibat.

Biar pihak Polis lakukan siasatan.

Setakat ini, 17 individu telah ditahan polis bersabit dengan rusuhan di kuil tersebut.

Pihak Pemaju (One City) telah membuat kenyataan bahawa pihak One City tidak terlibat dengan rusuhan ini.

Dengan kenyataan tersebut, menyebabkan keadaan bertambah bingung?

Apakah motif dan sebab rusuhan yang berlaku di kuil tersebut?

Apa pun semua pihak diminta bertenang dan biar pihak polis menjalankan siasatan dan membuat pengumuman hasil siasatan tersebut.

KERAJAAN PAKATAN HARUS TELUS DAN SEGERA MENYELESAIKAN ISU INI, SEBELUM KEADAAN BERTAMBAH PARAH.

Salam.

DSBA

27 November 2018

(Baca mengenai rusuhan di One City Mall di pautan;

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/27/glass-panels-smashed-at-one-city-mall/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts