EXCO DAP MENUDUH ‘KUMPULAN MUSLIM’ MERUSUH DI KUIL SRI MARIAMMAN

243
SHARES
1.5k
VIEWS

Kemelut yang melanda Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya yang hendak dirobohkan, bagi laluan pembangunan semakin memburuk dengan insiden rusuhan pada awal pagi tadi.

Pelbagai spekulasi liar mula bertebaran dan pertikaian yang bermula daripada pemindahan kuil dan dua pihak pentadbir kuil yang bertelagah ditambah buruk oleh individu politik yang memainkan sentimen perkauman.

Antaranya ialah Exco kerajaan negeri Selangor iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Ganabatirau a/l Veraman yang menuduh rusuhan tersebut dilakukan oleh ‘kumpulan Muslim’ .

Siaran di Facebook beliau itu kemudiannya dipadamkan dan ditukarkan kepada ‘kumpulan gangster’, namun masih boleh dilihat dengan jelas dalam sejarah suntingan di Facebook beliau.

Tuduhan beliau ini hanya memburukkan keadaan yang dibuat tanpa menyelidik fakta dan kemudiannya hanya dipadam begitu sahaja. Bukankan tindakan beliau ini merupakan provokasi di sebalik kemelut kuil tersebut?

Sebagai wakil rakyat beliau tidak sepatutnya hanya memikirkan kepentingan satu-satu kaum sahaja dan dengan mudah menuduh kaum yang lain demi meraih ‘mileage‘ politik, sebaliknya memikirkan kepentingan semua kaum.

Janganlah ketika ini DAP ingin merealisasikan agenda keji mereka untuk melihat ICERD disah dan digunakan di Malaysia maka Ganabatirau menggunakan isu ini demi kepentingan partinya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan