DATO’ DR. MUJAHID FAKTOR UTAMA BUKAN MELAYU BERANI PERJUANG ICERD

490
SHARES
2.9k
VIEWS

DATO’ DR. MUJAHID FAKTOR UTAMA BUKAN MELAYU BERANI PERJUANG ICERD

Jika dilihat Penyata Perbahasan Parlimen sebelum PRU-14, tidak terdapat Ahli Parlimen DAP yang bersuara di Parlimen bagi mendesak ICERD diratifikasi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siangpun setakat berani berkongsi dalam blognya kenyataan Pengerusi PROHAM, Tan Sri Simon Sipaun, sebab-sebab mengapa Malaysia perlu meratifikasi ICERD.

Hujah yang dikemukakan oleh Tan Sri Simon Sipaun dan dikongsi oleh Lim Kit Siang adalah Malaysia kononnya mengamalkan diskriminasi kaum. Contoh-contoh diberi adalah kononnya 98 peratus penjawat awam di Putrajaya adalah Melayu, 95 peratus kontrak kerajaan diberikan kepada Melayu dan semua Naib Canselor 10 universiti awam adalah Melayu.

Begitupun, rekod Penyata Perbahasan Parlimen sebelum PRU-14 menunjukkan Dato’ Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Ahli Parlimen Parit Buntar], menjadi satu-satunya Ahli Parlimen yang berhujah sebanyak tiga kali di Parlimen mahukan kerajaan meratifikasi ICERD.

  • Kali pertama pada Hari Selasa 14 Oktober 2014
  • Kali kedua pada Hari Isnin 16 Mac 2015
  • Kali ketiga pada Hari Rabu 18 November 2015

Kita baca setiap patah ucapan Dato’ Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa di Parlimen pada Hari Rabu 18 November 2015 untuk melihat bagaimana bersungguhnya anak bekas Mursyidul Am PAS ini mahukan kerajaan meratifikasi ICERD.

MULA UCAPAN

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]:

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada 030000 di bawah subseksyen 030200 yang melibatkan hal ehwal pelbagai hak asasi manusia dan mungkin ada kaitan dengan 080000, 080100 iaitu tentang undang-undang.

Pencerahan yang saya mohon daripada kementerian ialah isu perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang mana Malaysia masih belum lagi jadi negara yang menandatangani perjanjian atau konvensyen tersebut. Saya merujuk secara khusus iaitu konvensyen tentang hak asasi manusia.

Tadi beberapa rakan telahpun menyinggung beberapa persoalan tentang bagaimana hak asasi manusia terhadap Myanmar dan juga negara-negara lain yang mana Malaysia hari ini adalah merupakan Pengerusi ASEAN.

Persoalannya Tuan Pengerusi ialah daripada sudut konvensyen, saya ingin tahu daripada sembilan konvensyen yang digariskan dalam hak asasi manusia, setakat makluman yang ada kepada kami, hanya tiga sahaja yang Malaysia telah tandatangani atau Malaysia sebagai salah satu penandatangan ratify the convention dengan izin, iaitu elimination of all forms of discrimination against women, convention on children’s rights dan juga rights of disable persons.

Ketiga-tiga ini sudahpun ditandatangani, berbaki lagi enam yang saya mohon penjelasan daripada Menteri kenapa masih lagi hingga hari ini enam lagi konvensyen perjanjian yang belum lagi ditandatangani.

Saya gariskan enam itu iaitu;

(i) International Covenant on Civil and Political Rights;

(ii) International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights;

(iii) Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment;

(iv) International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families;

(v) International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance; dan terakhirnya iaitu satu yang amat penting iaitu:

(vi) International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD).

Now, saya difahamkan daripada sedikit bacaan terhadap enam yang masih belum ditandatangani ini. Ada beberapa kesan yang akan memberi impak kepada hubungan kebersamaan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa.

Ini berpandukan kepada hampir kalau tidak semua negara-negara OIC telahpun menandatangani perjanjian ini. Saya difahamkan juga dan mohon penjelasan, antara masalah yang menyebabkan terhalangnya Malaysia menandatangani perjanjian ini adalah dikatakan kerana isu-isu kerangka negara itu sendiri seperti undang-undang syariah begitu juga tentang hak keistimewaan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.

Saya amat memahami bahawa perjanjian yang hendak ditandatangani itu perlu mengambil kira kerangka negara selagi ia tidak bercanggah dengan format dan kerangka negara.

Akan tetapi, persoalan saya ialah apakah perundingan-perundingan yang dibuat sehingga kita dapat capai kepada satu titik pertemuan dan pada waktu yang sama kita mahu menjadi sebahagian daripada negara yang menandatangani perjanjian itu dan ia akan memberi impak yang besar kepada negara kita dalam penglibatan kita dalam arena antarabangsa dan yang keduanya ialah pada waktu yang sama kita hendak memelihara format ataupun kerangka negara kita.

Pasti saya yakin ada titik pertemuan yang boleh kita bincang dalam kita pada usaha ini menjadikan Malaysia dengan izin, sebagai part of the international community yang ada standard dia, piawaian dia terhadap hak asasi manusia.

Saya juga ingin dalam tajuk yang sama, saya difahamkan juga Universal Periodic Review akan diadakan pada 2018 dan yang terakhir diadakan kalau tak silap saya ialah pada 2013 atau 2008 begitu. Jadi saya mahu tahu dalam Universal Periodic Review ini, bagaimana nanti kedudukan keenam-enam perjanjian ini atas sikap kita untuk sama ada memulakan rundingan untuk terima dulu, tandatangan dahulu dan kemudian kita akan bincangkan implikasi kepada perundangan negara dan sebagainya.

Saya bagi satu contoh Tuan Pengerusi, International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ini adalah kalau ditanya kepada saya antara enam list ini, inilah yang paling utama sebab perjanjian ini akan membuka ruang kepada Malaysia untuk membawa kepada satu level baru dalam politik tanah air iaitu kita bersama dengan masyarakat antarabangsa, komitmen kita untuk menentang sebarang bentuk diskriminasi kaum.

Diskriminasi kaum inilah yang saya rasa kalau ada di sana kesungguhan politik untuk kita tandatangani dan dengannya, sebab itulah lahirnya satu ketika dahulu idea tentang Akta Keharmonian Nasional yang menjadikan kebencian agama dan kaum itu sebagai satu jenayah dan kita telahpun menyediakan draf itu untuk dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri dan dibawa kepada AG.

Jadi saya melihat kalau Malaysia tandatangan perjanjian against all forms of discrimination ataupun ICERD ini, dia akan bagi ruang kepada negara ini untuk membuat satu definisi semula kepada hubungan kaum, hubungan antara kaum dan agama di negara ini dan sekali gus menjadikan Malaysia at par dengan negara-negara dunia yang lain yang sudahpun meninggalkan racial politics ini dan telah meletakkan dirinya dalam satu liga negara-negara yang anti-discrimination.

Selagi tidak ada tandatangan perjanjian ini, saya khuatir kita akan tetap diletakkan pada ranking yang di bawah berbanding dengan negara-negara yang telah pun membuat perjanjian ini.”

TAMAT UCAPAN

Setelah membaca ucapan ini, maka salahkah kalau ada yang berkata Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa inilah faktor utama bukan Melayu berani perjuang ICERD?

Dan bila Pejabat Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD, beranikah Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa menentangnya?

Insaflah wahai Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof Rawa.

TUN SRI LANANG II

23 November 2018

Kuala Lumpur

(Dipetik melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts