KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO MENGENAI ICERD

399
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO 23.11.2018

1. Kenyataan media Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD tidak mengikut formaliti pentadbiran.

2. Ia hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri, yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar direkodkan dalam hansard rasmi.

3. Pendekatan ini tidak boleh diterima dan tidak menjamin ia tidak akan berubah bila-bila masa sahaja, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

4. Pembangkang berterima kasih kepada keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

5. Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Rantau tidak lama lagi.

6. Sehubungan itu, pembangkang menggesa kerajaan mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan berkaitan dasar luar negara ini.

7. Sehingga ianya dimasukkan ke dalam hansard Parlimen, kami sukar untuk mempercayai keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO

Kuala Lumpur

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts