ISU KECIL SI GADIS CARSLBERG MEMBAHAM ISU YANG LEBIH BESAR?

448
SHARES
2.6k
VIEWS

Kisah yang telah viral sehari dua ini tidak perlu diceritakan lagi. Letak gambar beliau sahaja sudah boleh tahu apa ceritanya.

Kisah pemuda Melayu ‘buli’ pekerja wanita Cina

Kisah mengenai seorang lelaki muda yang tidak berpuas hati mengenai penjualan terbuka arak di sebuah pasaraya besar Giant, yang bertindak tidak sepatutnya yang dilihat seperti ‘membuli’ seorang gadis Cina penjual arak berjenama tersebut.

Giant melanggar undang-undang

Pasaraya tersebut sendiri melanggar undang-undang dengan menghidang minuman keras secara terbuka, bahkan jika seorang peniaga minuman keras ingin membuka kedai di satu kawasan, beliau wajib mengiklankannya dalam akhbar untuk melihat sama ada wujudnya bantahan oleh penduduk setempat.

Bukan mudah mendapatkan lesen menjual minuman keras

Jika tiada bantahan barulah lesen akan dikeluarkan. Ini bukan kisah menjual nasi lemak yang boleh main pacak semalaman. Nasi lemak adalah sejenis hidangan makanan rutin harian rakyat Malaysia yang tidak memabukkan dan tidak akan menyusahkan orang lain.

Meletusnya insiden tersebut, netizen mengecam

Meletus sahaja kisah tersebut, netizen seperti biasa mengecam pelakunya yang bertindak kasar terhadap gadis Cina penjual arak tersebut, hanya segelintir yang cuba mempertahan beliau kerana kesalahan utama terletak pada premis yang menjual dan menghidangkan arak secara terbuka tersebut.

Tindakan tidak wajar

Niat lelaki tersebut memang baik namun caranya tidak wajar dilakukan sehingga bertindak menunjukkan jari tengahnya kepada gadis tersebut. Jika tunjukkan kepada lelakipun tidak wajar apatah lagi kepada seorang wanita.

DAP cuba menjadi juara?

Ramai beranggapan insiden ini hanya ciptaan untuk menunjukkan kaum Melayu membuli kaum Cina sedangkan di media sosial, hinaan terhadap kaum Melayu, Raja-Raja sehinggalah agama Islam turut menjadi bahan hinaan.

Ditambah dengan adegan DAP kelihatan ingin menjadi juara dengan membela kembali pemuda tersebut termasuk menawarkan pekerjaan kepada beliau.

Insiden menenggelamkan isu lebih besar

Namun masyarakat resah di sebalik isu yang lebih utama seperti;

  • Cadangan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD
  • Isu keresahan antara kaum yang semakin memuncak apabila isu ICERD dibangkitkan
  • Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang kerap memungkiri janji selepas memenangi PRU-14

Isu ICERD

Pemuja ICERD adalah mereka yang ingin mengubah Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial yang termaktub sejak sekian lama. Melalui ICERD ini maka hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak akan dihapuskan secara perlahan-lahan, walau apapun alasan mereka untuk mengesahkan ICERD ini namun agenda utamanya tetap terlihat.

Isu keresahan dalam kalangan kaum kerana segelintir inginkan ICERD

Akibat daripada cadangan mengesahkan ICERD ini maka tercetusnya perasaan gusar dan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai kaum asal.

Berbanding kaum pendatang yang menuntut hak kaum asal untuk dibahagikan secara sama rata, kaum asal tidak pernah mengambil hak kaum pendatang dalam apa jua cara melainkan apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan dipersetujui sejak sekian lama.

Ini mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat yang selama ini hidup bersatu padu dan aman damai tanpa sesiapa mempertikai hak masing-masing.

Buktikan kaum asal menindas kaum pendatang, sekiranya ada.

Isu kegagalan kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat semakin tertekan walaupun pada mulanya percaya Pakatan Harapan akan memulihkan negara yang akan bankrap di bawah kerajaan Barisan Nasional melalui janji-janji manis Manifesto mereka. Namun janji tersebut terlalu manis sehingga memudaratkan mereka yang digula-gulakan olehnya.

Isu kelemahan pentadbiran negara

Masyarakat boleh melihat betapa lemahnya kerajaan Pakatan Harapan hari ini dalam mentadbir negara apabila terdedah beberapa kejadian yang tidak sepatutnya berlaku oleh hampir kesemua Menteri Pakatan Harapan yang boleh dikatakan membuat kenyataan kurang cerdik setiap hari.

Kerajaan gagal memilih isu yang perlu diutamakan

Kerajaan juga dilihat lambat bertindak dalam sesetengah perkara sehinggakan menimbulkan polemik yang lebih besar sebaliknya menumpukan terhadap perkara mikro dan kurang penting yang sepatutnya dikemudiankan.

Isu Menteri tidak pandai menjalankan tugas

Masalah ini diakui sendiri sebelum ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana beliau dipetik berkata sebagai kecewa dengan persembahan Menteri-menteri kabinetnya yang tidak mampu menyelesaikan masalah dan tugas di kementerian masing-masing.

Isu ‘trending‘ dalam masyarakat Malaysia

Isu 1MDB sendiri tenggelam di sebalik isu ICERD bahkan isu ICERD inilah yang wajib diselesaikan oleh kerajaan terlebih dahulu.

Walaupun isu 1MDB ini tidak kurang pentingnya untuk negara namun ia tidak memberi kesan terus kepada rakyat jika hendak dibandingkan dengan;

  • Isu mencabar Perlembagaan Persekutuan
  • Isu meningkatnya hinaan terhadap agama Islam, Institusi Di-Raja dan kaum Melayu secara terbuka sejak sekian lama
  • Isu keresahan kaum yang tercetus akibat dari segelintir mereka yang tamak inginkan hak kaum asal dengan menggunakan alasan ‘diskriminasi’
  • Isu kejatuhan nilai ringgit
  • Isu kenaikan harga barang
  • Isu harga hasil bumi negara yang semakin rendah, dan
  • Lain-lain isu yang memberikan impak terus kepada kehidupan rakyat

Kerajaan boleh menyelesaikan semua masalah di atas dengan mudah namun sama ada mereka tiada keinginan melaksanakannya kerana terlebih dahulu ingin melaksanakan agenda parti masing-masing ataupun sememangnya kerajaan Pakatan Harapan sendiri masih tidak mempunyai hala tuju kerana masih terkejut apabila menang tanpa disangka?

Apatah lagi apabila ‘harta ghanimah’ berlonggok di depan mata…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts