DR. MAHATHIR MENGENAI RATIFIKASI ICERD

488
SHARES
2.8k
VIEWS

Dr. Mahathir semalam di Mesyuarat APEC di Papua New Guinea, menyatakan bahawa adalah amat sukar untuk Malaysia hendak RATIFIKASI KONVENSYEN ICERD kerana ia membabitkan beberapa Akta di dalam Perlembagaan Negara termasuk Artikel 153.

Untuk meminda, Akta Artikel 153 Persekutuan, memerlukan undian 2/3 sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat serta kelulusan Dewan Negara.

ULASAN

Apabila, Dr. Mahathir terkejut mendengar laporan berita bahawa lebih daripada 40,000 orang Melayu Islam berkumpul di Pasir Salak pada hari Sabtu lalu, menentang ICERD, tiba-tiba Dr. Mahathir berlembut dan menyatakan, SUKAR UNTUK RATIFIKASI KONVENSYEN (UN) – ICERD ini.

TAHU TAKUT kepada kebangkitan orang-orang Melayu/ Islam.

ARTIKEL 153, memberi kuasa kepada YDP Agong melindungi keistimewaan orang-orang Melayu di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

It has led to the implementation of affirmative action policies for the Malays & Bumiputera – the majority of the population.

Ini juga bertujuan untuk melindungi Orang-orang Melayu & Bumiputera daripada penghijarahan yang ramai oleh orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu (sebelum Merdeka) mencari pekerjaan dan kekayaan di negara ini dari hasil bumi.

HAK KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG INDIA

Waytha Moorthy sebagai Menteri rasanya tidak payah memohon Kabinet berusaha untuk ‘ratify’ KONVENSYEN ICERD, setelah mendengar kenyataan daripada Perdana Menteri dari Papua New Guinea.

Waytha Moorthy boleh terus memohon kepada Perdana Menteri dan Kabinet meluluskan Hak-hak Keistimewaan kepada Orang-orang India warganegara Malaysia seperti berikut:

1. Kabinet mengarahkan Kerajaan-kerajaan Negeri meluluskan land title (hak milik kekal) kepada 23,000 kuil-kuil Hindu yang belum memiliki land title ini.

2. Kuota 25% kepada anak-anak Bangsa India untuk masuk ke Universiti-universiti tempatan.

3. Anak-anak ini juga perlu diberi biasiswa penuh tanpa perlu membayar balik kepada PTPTN.

4. Orang-orang India warganegara yang berpendapatan dibawah RM3,000.00 sebulan, wajar diberi Bantuan Sara Hidup sebanyak RM2,000.00 setahun.

5. Kuota sebanyak 25% kepada anak-anak India yang berkelayakan untuk menjawat jawatan sebagai kaki tangan Kerajaan.

Sesungguhnya, ini sepatutnya menjadi Asas Perjuangan Waytha Moorthy dan Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya menyokong perjuangan yang murni ini.

Kita lihat dan tengok pendirian Dr. Mahathir mengenai perkara ini.

Over to you, Sir.

Salam.

DSBA

19 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts