BANGSA DAP SUDAH WUJUD DI MALAYSIA – AMRAN AHMAD NOR

458
SHARES
2.7k
VIEWS

PERUTUSAN AMRAN AHMAD NOR, TIMBALAN PENGERUSI GAGASAN TIGA (G3)“Umat Melayu masih ‘tidur nyenyak’ tetapi mereka ini akan bangkit kelak dan pastinya, apabila mereka terjaga dan mula menyedari kehidupan yang semakin sukar, agaknya apalah yang bakal berlaku?”

Oleh Amran Ahmad Nor

15 November 2018

Dahulu DAP kononnya Developers Action Party

Dahulu, sejak menang di Pulau Pinang pada 2008, orang mula gelar DAP sebagai Developers Action Party kerana sangat prihatin kepada pemaju berbanding rakyat yang menjadi teras perjuangan sebelum itu.

Niat DAP bolot kekayaan dan mengukuhkan kuasa

Kini, sesudah 10 tahun, sejak menawan Putrajaya pada PRU-14, Developers Action Party melangkaui pengaruh dengan mencetuskan bangsa sendiri – bangsa DAP – bermatlamat membolot kekayaan dan mengukuhkan kuasanya di bumi Malaysia tercinta ini.

ICERD dan Bajet 2019 digunakan untuk melemahkan bangsa majoriti

Menerusi ICERD dan pembentangan Bajet 2019 buat masa ini, bangsa DAP yang menguasai Pakatan Harapan terus diperkasakan dengan melemahkan bangsa yang menjadi majoriti rakyat di negara ini menerusi pelaksanaan prinsip kesaksamaan, pengurangan peruntukan MARA dan banyak lagi.

Bukti betapa hipokritnya DAP

Apa yang hipokritnya, bangsa DAP ke arah melahirkan bangsa Malaysia begitu teruja menghapuskan label Bumiputera dan menghakis hak-hak orang Melayu dan mengganggu-gugat kedaulatan agama Islam kononnya atas dasar kesaksamaan dan keadilan tetapi tidak pula mahu hapuskan SJKC yang menjadi punca utama kegagalan melahirkan bangsa Malaysia yang sebenar.

Juga, kata nak jadi bangsa Malaysia tetapi kebanyakan perkataan yang terpacul di mulut hanyalah bahasa bangsa DAP sehingga amanah yang diberikan oleh rakyat untuk bersuara sama ada di DUN atau Dewan Rakyat gagal terlaksana, semuanya kerana tidak mahu untuk belajar fasih berbahasa kebangsaan.

Usaha mereka disokong sekelompok Melayu yang melutut pada DAP

Yang lebih menyeronokkan untuk bangsa DAP ini yang menguasai 53 kerusi Parlimen adalah usaha melemahkan dan membolot kek ekonomi Malaysia ini disokong oleh sekelompok Melayu yang melutut pada bangsa DAP semata-mata untuk mengemis jawatan, kuasa yang tidak seberapa.

Saya nak tanya, apakah kewujudan bangsa DAP ini baik untuk negara? Untuk orang Cina, mungkin baik dalam jangka pendek tetapi tidak baik untuk jangka panjang apabila Melayu sudah “bangun dari tidurnya”.

Melayu akan bangkit dari lena

Ya, umat Melayu masih ‘tidur nyenyak’ tetapi mereka ini akan bangkit kelak dan pastinya, apabila mereka terjaga dan mula menyedari kehidupan yang semakin sukar, agaknya apalah yang bakal berlaku?

Untuk masyarakat Melayu, sokongan untuk melaksanakan ICERD oleh bangsa DAP ini tidak akan menambah baik nasib orang Melayu atau memperkukuhkan lagi kedudukan agama Islam kerana yang sebaliknya akan berlaku di samping kek ekonomi Melayu makin berkurangan.

Untuk orang India, apa yang berlaku ke atas rakan-rakan Cina dan India ini pastinya bukan sesuatu yang baik untuk anda.

DAP membawa Malaysia menuju kehancuran

Sedarilah, percayalah atas pengalaman saya bersama DAP berdekad-dekad lamanya, bangsa DAP sedang membawa Malaysia menuju kehancuran dan pastinya kita tidak mahu apa yang kita nikmati selama ini tidak dapat diwariskan kepada anak-cucu kita.

Malaysia semakin teruk sejak DAP kuasai negara

Sebagai rekod, kita tidak makin senang sejak bangsa DAP menguasai negara sejak 9 Mei yang lalu setelah nilai ringgit menurun, harga getah dan kelapa sawit jatuh teruk, harga barang naik mencanak, peruntukan MARA dikurangkan, ketegangan antara kaum meningkat dan orang Cina turut mengeluh kontrak dibatalkan.

Bangkitlah pertahankan Malaysia dari ancaman bangsa DAP ini…

Amran Ahmad Nor merupakan Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3)

(Artikel dipetik dari thethirdforce.net)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts