ICERD DAN AGENDA DAP – WARDAH ABDUL RAHMAN

693
SHARES
3.8k
VIEWS

Oleh Wardah Abdul Rahman

14 November 2018

Beberapa hari lepas, kita membaca satu kenyataan akhbar oleh DAP melalui wakil mereka, ADUN Tras, Chow Yu Hui dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong bertarikh 9 November, mengenai keperluan DAP meratifikasi ICERD dengan mendatangkan hujah Deklarasi Setapak yang menuntut dibuang perkataan Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Melalui kenyataan media ini jelas kepada kita kesungguhan DAP memperjuangkan dasar perjuangan mereka iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara yang bebas dari pengaruh Melayu atau dalam ertikata lain, Malaysia harus dibebaskan dari kuasa Melayu dengan mendatangkan hujah tiada diskriminasi dalam pembentukan Malaysia baru oleh Pakatan Harapan.

Ini antara hujah yang dikemukakan bagi menjelaskan keperluan DAP meratifikasi (mengiktiraf dan menandatangani) ICERD.

Jika begitu pendirian DAP, di sini suka Ana menyatakan bahawa DAP perlu membaca semula Kontrak Sosial yang dipersetujui bersama oleh bangsa Melayu, Cina dan India sewaktu penubuhan Malaysia dahulu.

Kontrak Sosial ini diasaskan atas 5 perkara utama (yang menjadi syarat) hak penduduk asal (Melayu) dan daripada 5 asas ini Perlembangan Malaysia digubal.

5 syarat tersebut adalah:

  • Raja Berperlembagaan
  • Agama Islam
  • Bahasa Melayu
  • Hak Istimewa Melayu
  • Kerakyatan

Telah kita sedia maklum bahawa kita berkongsi syarat ke-5 dengan orang Cina dan India yang dibawa masuk British ke Tanah Melayu.

Sewaktu pembentukan Kontrak Sosial ini antara Melayu, Cina dan India, pihak British telah menawarkan kepada kaum Cina dan India, sekiranya mereka tidak bersetuju dengan kontrak tersebut;

Mereka diberi 2 pilihan;

  • Pilihan pertama, pulang ke negara asal atau
  • Pilihan kedua, memilih untuk bernaung di bawah mana-mana negara Asia di bawah jajahan British

Berdasarkan perjanjian ini, sekiranya Hak Keistimewaan Melayu dipertikai (konon ini unsur diskriminasi) Agama Islam dihina, Institusi Raja tidak dihormati, Bahasa Melayu dipinggirkan bermakna mereka telah melanggar syarat-syarat tersebut dan Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan.

Bangsa Melayu berhak untuk mengeluarkan mereka dari tanah Melayu, negara Malaysia ini.

Melihat kepada kesungguhan DAP mahu menerima dan mengiktiraf ICERD hari ini menjadikan;

Hak kerakyatan mereka layak ditarik balik dan mereka boleh memilih dua pilihan yang ditawarkan British di atas.

Artikel ini sekadar peringatan, jangan dicabar tuan rumah yang sudah terlalu berlembut dan bertolak ansur ini.

Diberi perlindungan dalam negara ini sudah cukup bertuah.

Jangan pula hendak dirampas rumah dan dikhianati tuan rumah yang telah sangat berehsan ini.

#BantahICERD

Rujukan :

Blog Tun Dr Mahathir
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1224-kontrak-sosial

Pandangan Pakar Sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/494155/icerd-tidak-perlu-kontrak-sosial-sudah-dipersetujui

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
https://www.ismaweb.net/2018/11/12/guna-hujah-kesamarataan-alasan-tak-munasabah/

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts